Friday, 30 September 2011

KEK OREN COKLAT......yummy!!



Assalamulaikum.
waa... lama betul kan. 
sampai dah bersawang dah pelangi indah.
^__^
sbnrnye...ada je menu or resipi2 baru yg ica cuba buat.
tp..ntah kenapa rasa malas nak menulis.
hmmm..
alamak...baru nak start menulis...
rancangan "solehah" kat TV AlHijrah dah mula la pulak.

kita layan gambo kek dulu....


inilah kek pertama yg ica buat...
menggunakan mixer!! :)
sebelum ni telur ica pukul tangan.
daaa..x larat la nak pukul guna tgn.
so..beli mixer..
tp..mixer murah je la..
tak kisah la murah..janji dpt pukul telur.
telur dapat kembang..

sebenarnye dah lama sgt nak buat kek oren.
asik dok teringat je kek oren yg kak long and kak ngah ica buat dulu.
mungkin da..16tahun dulu kut.
sedap la..
tp..sbb ica takde parut..
so..ica tak letak parutan kulit oren.
kalau dpt letak...alangkah sedapnyeeeeeee!!

tp..ini pun dah kira sedap sgt.

resepi..ica amek dr blog MASAM MANIS...

Meh kita check resepi kek oren yg sedap ni..

2 cwn selfrising flour - ita guna tepung kek
2 bj telur
1 cwn gula kastor
2 sudu mkn susu pekat
1cwn marjerin
1sudu mkn oren emulco atau oren sunquick - ita guna oren sunquick
1 biji parutan kulit oren - yg ni ita tabah sebab ita suka sangat bau kulit oren.

Pukul marjerin ngan gula hgga kembang. Kemudian masukkn telur satu satu.
Pukul lagi hingga kembang dan sekata. Masukkn pula tepung dan kacau rata. Tuangkan susu pekat, kacau dan last sekali masukkan oren emulco
Loyang di sapu minyak dan bakar 30min atau sehingga masak.
Kalau ikut cara ita yg bermarbel2 tu ita bahagikan adunan kepada 2 bahagian selepas dicampur dgn susu. 1 bahagian ita letakkan parutan kulit oren, oren sunquik dan sedikit pewarna oren. Untuk bahagian yg satu lagi ita letakkan choc emulco. Tuang dalam loyang yg telah bergris dan marbel2kan dia. Adunan untuk kek ni tak banyak dan keknyer juga tidak terlalu besar ita rasa sesuai kalau pakai loyang 8".

Tuesday, 20 September 2011

DONUT


Salam bersiaran...
dah 3 ari tak update blog kan.
hhmm.. sbnrnye nak je masukkan cerite kat sni. tp..tgh2 edit gambo...en suami ajak gi umah mak mertua la.. ajak keluar la. tu yg terbantut je.
petang ni agak free.
pagi td..ica dan adik2 ipar gi klinik. nak wat check up.
tp..tak boleh daaaa..
doktor kata lewat sgt.. dah kul 12.. tak leh check darah. kalau nak chekc darah kena pagi..
hehehe..kitaorang ni punya la beria2..nak gi lewa sbb org tak ramai..
sekali tak leh da.. so..esok pagi2..kitaorg nak gi klinik lg.
bukan ada sakit ape pun...saje nak check kesihatan.
^__^



so...meh citer donut...
asik duk rumah je..so..mulut pun asik nak makan je la..
ica buat donut ni..sbb nak memehuni kehendak tekak. 
buruk betul perangai kan?

bila nak buat ingat2 lupa resepi yg jiran ica bg aritu.
so..
kali ni tawakal je.
tak..hasilnye cam kureng sket. walaupun rasanya sedap.
terkesar sket la. time panas sedap la lembut..tp..bila sejuk..agak keras.
tak kisah la..janji habis.


ica buat 2 versi...
1versi...balut dgn coklat.
1 versi lagi..balut dgn gula halus.

tp...ramai suka yg balut coklat. 
sedappppp katanya!!


Friday, 16 September 2011

edit photo


petang ni ica takmo citer pasal makanan.
ptg ni ica nak share dgn pengunjung PELANGI INDAH... tempat2 utk kita edit foto.
kesian betul ica ni tau.
mungkin ramai da tahu. tp.. icatak kira.. ica nak bgtau jugak.
kut la ada yg tak tahu kan.
ica sbnrnye dah lama tak men klik2.
jd...ari yg busan dan takde aktiviti luar ni..ica byk abiskan masa dpn pc.
sampai cik abang pun dah tak dpt nak guna pc.
hhihihi...
sblm ni ica edit pic kat picnic.com
tp...ari ni ica jumpa 1 tempat lg...



dibawah adalah hasil edit.
ica nak gambo tu nmpk classic.
tak tahu la jd ke tak.
tp...kat befunky ni...text dia simple2 sgt. kat picnik byk sket tulisan2 yg cantik.
sebenarnya ica nak cari sofware utk buat foto kita to cartoon, tp..tak jumpe plak. 
sbb terpikat sgt2 dgn cartoon2 kawanimut.
 oklah..sampai cni dulu.
ada keje yg harus ku buat.
 off.

KERABU MANGGA........best!!


waaa...da beberapa hari ni ica asik nak makan kerabu je.
nak tau tak nape?
sebab...
ica dah lama tak gi pasar!
kat rumah dah takde lauk nak masak.
sbb tu la ica just buat kerabu. ntah la..bukan tak nak gi pasar. tp...macam tak tahu nak masak ape.
mcam dah boring dgn lauk yg lebih kurang same.
nak masak yg hebat2.. tak reti. jd.. yg mudah2 je la ica boleh buat.



mangga ni pun jiran bg..
dia mmg tahu ica suka sgt mkn pelam muda.
rasanya inilah kerabu mangga pertama yg ica buat sendiri.
punya la tak confident...
 myresipi jd tmpt hala tuju ica
bila terfikir nak buat kerabu mangga ni.
tp..bila usha..semuanya resipi ada letak kacang tanah.
adoi..malas betul nak sangai kacang dlm kuali.
tgh2 hiris pelam tu...tetiba je teringat kawan masa duk rumah sewa dulu. kak som nama dia.
dia buat tak buh kacang pun. sedap juga!
jd.. ica pun tak buh kacang tumbuk.
kak som juz bubuh garam n gula je.
jd..utk korang yg takde stock kacang tanah kat rumah..
atau yg malas macam ica ni...
korang masih boleh buat dan makan kerabu mangga tanpa kacang.
rasanya sedap!!!
tanpa ragu2 lagi!!


meh try resepi ica ni.

bahan2:
2biji mangga muda
1labu bawang besar
5biji cili
garam
gula

cara:
>hiris/mayang halus kesemuanya.
>bubuh garam dan gula secukup rasa.
siap!

Monday, 12 September 2011

KERABU TOMATO IKAN BILIS


Lama betul tak masukkan cerita pasal makanan kan.
masih dalam mood puasa..jd malas nak masak yg rumit2.
kalau boleh nak makan benda yg simple tapi sedap.
akhir2 ni..aku tgh gile makan ulam.
sbb aku dah jatuh cinta dgn sambal belacan.
dah 30 tahun hidup..baru tergerak hati nak rasa sambal belacan yg sblm ni..ramai sgt ckp sedap2.
jd...nak mkn sambal belacan kenal la dgn ulam2an...kan?
lambat btol kacang panjang yg aku tanam ni nak berbuah. nak buat ulam :)



semalam aku dah mkan sambal belacan dgn timun. jd..arini...tak mo la sambal belacan lagikan.
hari2 sambal belacan..mau resdung pulak nnt.
tgh kat esbok..ada tomato..jd..aku pun pe la..
ngadap pc.. gi ke myresepi...type.. kerabu tomato.
jumpa la..resepi INI.
hasilnye...
sedap sgt!!
me aku share utk korang...

  • 2 biji tomato - buang empulurnya n dihiris
  • segenggam ikan bilis goreng (bilis yg dh dikupas)
  • 1/2 biji bwg besar - dihiris
  • 3-4 biji cili padi (bergantung thp kepedasan) - dihiris
  • 1 btg serai - dihiris
  • garam
  • gula
  • jus lemon - optional
  • pak aji - klu suka

Cara-cara

  1. Ikan bilis goreng tumbuk kasar. Kemudian gaulkan semua bhn2. perasakan ngan garam dan gula. Klu nak lebih masam bleh letak jus lemon lebih.
  2. Dah siap! bleh la dihidang.......SeLaMaT Mencuba



abaikan garisan2 tu ok!

Lori dah lulus pemeriksaan puspakom!!!



Salam bersiaran.
hari ni tak mo sambung la episod 'alahai...'
petang ni aku happy sgt2..sbb lori gi inspection puspakom pagi tadi...
LULUS!!!!!

sekadar hiasan

Alhamdulillah. syukur.
sejak minggu lepas lagi aku risau sgt2 dgn lori aku tu.
bila tnya JPJ... bila pemeriksaan puspakom kat gerik di di jalankan... dan tahu tarikhnye..
aku terus suh en abang beli cat varnis. biar aku sendiri cat bucket lori tu.
bukan tak boleh hantar kedai suh buat.. tp..nak jimat!
kos beli cat varnis berus cat..RM40 
lepas siap cat bucket lori tu yg aku di serang demam tu.
 hari khamis lepas.. gi hantar cuci dgn cat anti karat bahagian bawah.
kena RM150.
hari jummat ambik lori. aku suh en abang gi check brek kat workshop.
tp..beria en. abang kata brek OK.
aku makin risau.
sabtu..duk umah je.. tak boleh kerja lagi..sbb lori dah cun2.
pagi tadi..baru en abang nak tambal stiker pantul cahaya dgn stiker had laju.
masuk pemeriksaan puspakom tadi..kena RM 105. jadi..kos semuanye RM295.
dapat 1tahun!!! alhamdulillah.
abang cakap..lori kitaorg yg paling cun td. berkilat2. tu yg dapat 1 tahun.

lega sgt2!!

Sunday, 11 September 2011

alahai............part2


alahai....
punya la lama aku tak update blog aku yg cun ni. 
hihihihi
arini 13syawal.
eh! pe plak 13..dah 14syawal la..sbb da mlm. 
maknanya da 10 ari la aku tak tgk blog ni kan.
emm. bukan pe.. takde idea.
nak masukkan menu pun..
takde masak yg best2.
masih dlm mood puasa.
walaupun aku belum lg puasa 6.
sbb
terdapat beberapa halangan.
2 ari lepas..aku demam..agak terok.
aku ni kan tak suka pi klinik.
tp..
kali ni mmg kena pi klinik gak..
sbb tak tahan sgt la
sejuk semacam.

alamak!
potong idea betol la...
aku tgh tgk citer "buit kepong" kat tv2.
cam best plak tgk citer pasal kemerdekaan ni. jd..idea hilang begitu saje.

bersambung lagi........

Friday, 2 September 2011

alahai............

hhmm... arini 4 syawal...
tak tau nak kata raya meiah ke tak. sbbnye...dari sblm raya sampai la sekarang..
aku tak keluar pun dari Felda ni...
jd..mmg tak rasa raye la..
sbb tak nmpk meriahnye jalan raya dgn redetan kereta..
ye la..felda ni kecik.. jd..org tak ramai sgt macam felda aku di johor.
lgpun...asik terperuk di rumah.
tak kat rumah aku... kat rumah my mak in law.
kakak n abg2 ipar balikcni...so...time ni la utk bersembang dgn depa.
semalam semua dah pulang ke selangor.
jd..sunyi la kami2 di sini.

Alhamdulillah....
ramai tetamu datang bertandang ke rumah sewa ku ini.
jd..lauk pakuk hari raya..ala johor yg aku buat...habis.
risau gak tak habis...ye la..mula2 tu..ak utgk..depa mcam takut je nak makan. 
ye la...hari raya depa biasanya di hidang dgn lemang.
tp..bila dtg rumah aku...
ada
nasi himpit, kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam cili padi pulak tu..dgn sate goreng!!
ramai juga yg teruja utk makan. sbb sebelum2 ni depa penah rasa kesedapan kuah lodeh dan sambal kacang di tempat lain. ye la... org dah penah merantau.mesti dah penah jumpa. kecuali org yg tak penah keluar dari perak ni... mmg depa takut nak makan.
ada sorang tu...kawna mydear la..
dia tanya..
"camner cara nak makan?"
hehehe..lawak betol.

punya byk aku masak.
seb bek ada adik ipar dtg tolong.
rupa2nye.. org cni..lauk raya depa.. 1 jenis je. iaitu rendang daging.
untuk makan dgn lemang.
aku pulak..mmg tak berapa minat dgn rendang daging.
jd..rendang ayam aku tu la..yg aku makan lebih.

malam raye...
lepas magrib..aku gi lepak rumah my mak in law sat.
sbb nk  tunggu abg ipar. aku kirim dia beli tempe kat klang tu.
sbb kat perak ni takde tempe!
tungu punya tunggu tak sampai2.. 
alahai..lamanye.
rupa2nya kereta depa rosak sewaktu mendaki bukit kat trowong perak tu.
akhirnye depa selamat sampai..kul 11 mlm.
balik2 rumah..aku terus siap2kan bahan utk masak lodeh. sempat juga buat kek coklat!
aku tido pukul 3pg!

pagi raya pertama...
aku bangun2..terus siapkan masak lodeh. dan topping kek!
sbb mydear cakap..rumah kami rumah pertama geng2 raye dia akan tuju.
siap je depa sembahyang raya...
geng2 adik ipar dah sampai rumah aku.
anak2 jiran pun! diikui dgn kawan2 mydear.
waaaaa....ramainye!
hampir tak muat ruang tamu rumah sewa ni.
aku pulak...bersilat di dapur.. menyiapkan hidangan dan membasuh2 pinggan dan cawan2 kotor.
lepas kwn2 abg balik... cuma utk baring kejap..sbb pinggang dah terasa panas.
lama sgt berdiri kut.
baru nak baring...bebudak bagi salam nak beraya.
ku gagahi jua badan yg dah penat ni.
bebudak nak beraya..tak bek kalau kita tak bg masuk.
lagipun...ayah pernah cakap..tetamu datang membawa bersama rezeki utk kita.
ape makanya hari rye..kalau  rumah kita sunyi sepi.. takde orang nak datang.

walaupun kat sini..ica takde kawan... tp...
alhamdulillah... rumah ica terus dihujani tetamu.
1 group balik.. 1 group datang... sampai la ke petang.
antaranya adik2 yg pernah kerja dgn ica dulu.
 pukul 5 ptg..ica terlelap jua...di depan tv..
kul 6ptg..mydear kejut..ajak gi rumah mak.

malam raya kedua.....
terus melepak kat rumah mak..bersembang dgn ipar duai.
dari ruang tamu..bawak ke dapur..
dari dapur bawak ke ruang tamu.. 
ke dapur semula... keruang tamu semula...
bersembang..dan terus bersembang.
 pukul 11 malam...

kakak ipar..kena rasuk!!
2 orang anak dia... pun kena.. meraung2 menangis!
alamak!
meriahnye rumah!
bebudak yg tengah men bunga api kat luar pun..masuk rumah.
sekali dia mengilai la pulak!
meremang bulu roma ku.
akhirnya..pukul 4pg...baru la kak ipar tu ok..terlelap..
tu pun setelah panggil org yg pandai2 skit bab2 ni.
 mulut aku dah berapa kali menguap pun aku tak tahu dah.
urat tengkok dah semakin tegang.
mengantok!!!
tp..aku gagah kat mata.. tak mo tido jugak.
lagi pun tak selesa..
sbb dari petang lagi aku tak mandi!!
pukul 6.45pg..baru aku n mydear balik rumah.
mandi..dan terus tido!!!
kul 10.30 pg baru tersedar.
tu pun...kwn2 mydear dtg nak pinjam kete.

waaaa...tekak terasa perit!
urat tengkok sakit!

to be continue...