Tuesday, 27 December 2011

Pizza



Assalamualaikum.
kelmarin ica buat pizza. dah lama dah teringin buat...sejak2..
kak biras dok cerita dia gi kursus pizza.
katanye...senang sangat nak buat pizza ni.
ica pun kumpul la bahan2 nak membuatnye.
mula2..suh en.suami gi beli yis.
gi kulim aritu..kedai bakery..ica beli chess..
sebelum kelmarin tu..ica gi kuala kangsar..
beli la sosej dgn sayur campur yg carrot,jagung dgn kacang pess tu.





dah la.. ni je la... untuk resepi..ica tgk kat myresipi.
selamat mencuba.

Friday, 23 December 2011

Kek Kahwin


Ya Allah, 
permudahkanlah segala urusan ku.
amin.

penat..penat..penat!
letih betul hari ni.
dari pagi sampai tengahari..duk kerjakan kek ni.
semlm dah bakat kek. arini..ingat nak deko je la. 
sekali...cream buat hal pulak. agak cair. mungkin terlebih air time bancuh guna icing tu.
frust99x!!


berkali2 buat bunga rose tak jadi...asik terkulai je.
bila msg cikgu kek..dia suh pukul krimwell yg lain...terasa mls pulak. akhirnye tekad buat jugak. 
tp..hasil tak menarik. 1 kuntum tu...kelopak dia kembang terlebih.
takpe la. lgpun bukan org tempah..
cuma..
suami nak hadiahkan kat kawan dia yg kawin esok.
nasib baik suami belikan nasi utk makan tengahri. ica tak sempat nak masak.
terima kasih abang..sbb memahami.

Wednesday, 21 December 2011

AGAR-AGAR PELANGI




Assalamulaikum wbt.
......
asik makan kek je akhir2 ni.
jd...kita rehatkan lidah dr krim2 bagai.
hari ni ica buat agar2 pelangi.
ica kan suka pelangi. (^_^)


bila ternampak agar2 yang cantik ni..ketika melayari google..
terdetik dalam hati..
'cantiknye agar2 ni. macam mane la cara membuatnye ye?'
masa tu.. ica tercampak ke website buat2 hantaran ni...
dia promote untuk orang order..buat hantaran tunang/kahwin.
tau tak..harganye berapa?
RM80 sebiji.
tp...yg tu..ada gubahan bunga dr agar2.
lagi cantik la.
tp..kalau kosong..takde gubahan bunga... harganye..RM45.
adoi...mesti resepi rahsia ni.
kompom ica tak dpt buat.
tp..nak di jadikan rezeki...
dihari yg lain la...
ica tercampak ke myresipi...
rupa2nye...masih ada org yg bermurah hati nak kongsi resepi.. 
agar2 pelangi ni. mmg bersyukur sgt2.
ape lagi...salin... dan.. buat!
bahan2 mudah je...



jom try buat!
semua org suka makan..sebab.. ia..
CANTIK!

jom intai resepi dari Aziemas ni...

BAHAN A:

15gm agar2 serbuk
1200ml air
200gm gula
pelbagai pewarna

BAHAN B:
15gm agar2 serbuk
800ml air
400ml santan - ica guna susu cair
200gm gula
1/2 st garam - ica tak letak

CARA-CARA:
  1. Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
  2. Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
  3. Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
  4. Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil
  5. CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
  6. Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn garfu supaya lapisan akan melekat.sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
  7. Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn garfu. agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
  8. Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...


Monday, 19 December 2011

Blueberry cake



Assalamualaukum.
hari ni ica buat cake lagi!!
sejak2 balik dr kursus buat cake kat kolej komuniti tu..ica asik buat cake je.
adoiii...tak tahu la dah berapa biji telur ica makan.
suami pun..dah berkali2 tegur ..yg badan ica dah nampak gemok.


ekceli..hari ni birthday adik ipar ica yg bongsu tu..
dah sebelum ni..birthday kakak2 n abg2 dia...kami belikan cake.. so..birthday adik ni nak kena ada kek jugak la..
yg best..ia home made!

kali ni ica buat besar sikit.size loyang 12 inch.
rasanya...ada la dalam 1.5 kg kut.
disebabkan..cikgu kursus tu ckp..kek bluebarry mmg putih je. takde warna2..
so..ica serikan ia dgn jelly redball.


bab deko kek ni...jgn la korang komen pe2. sbb ica baru sgt belajo.
tu pun byk tgk2 n blajo kat tenet je.
teknik2 mendeko.
tp...td..suami ica puji. dia kata cantik.
ada peningkatan dr yg 1st buat aritu.
yg 1st aritu..ica buat cake black forest..utk birthday adik ipar yg gurl pd 7 dec aritu.

ekceli pening kelapa ni..
sbb suami suruh ica buat cake utk kek kawin kawan dia hujung minggu ni.
adoiiiii... deko pun tak cantik lg. kek kawin pulak tu. mesti la org nak yg tebaik kan.
suami ckp dia nak sponsor utk kawin kawan dia tu.
ica ok je... sbb kami takde bg hadiah pe pun kawan tu kawin.
kawan ni..ape lagi..byk seronok la..
ye la..ada org nak sponsor.dpt jimat buget.tp..dia tak tahu.. yg ica ni..deko kek tak cantik lg.
pening9x!!!

Saturday, 17 December 2011

Turnera Subulata


Assalamualaikum semua.
malam tadi dah pun tahu keputusan siapa juara program realiti Solehah.
tp..sayang..ica tak dapat tgk sampai habis.
kawan en. suami datang..main ps3.
jadi..terpaksa la ica..memerap dalam bilik.
dan..
akhirnya..tertidur..

yg ni version putih

cari try cari info pasal turnera ni..
tapi tak jumpa..
cari tak bersungguh pun sebenarnye..

mula2 ica nampak pokok ni adalah dekat dengan
Pejabat Felda Lawin Tengah..time tu..kan..setiap pagi..ica and the geng gi kebun cili.
cantiknyeee..
kali kedia...dekat area Sg. Siput. tepi jalan. cantik sgt. nak suh en.suami berenti pun..
cam susah je.. sbb kete lalu lalang.
kali ke tiga..
bila ica balik kampung kat johor raya haji yg lepas.
ye la... kan Felda Tunggal..juara AKKF 2011.
bila tgk bunga ni berbars di sepanjang jalan area Felda Tunggal ni..mmg hati terpaut sgt..
'aii..kalau la dapat mintak'
ica gi raya rumah kawan. mak dia ada tanam.. ape lagi..mintak le..hihihi..
sampai2 rumah kat perak ni...cepat2 ica cucuk tanam.
alhamdulillah..hidup.
dah keluar bunga pun. 

yang ni...version kuning..ce tgk betul...warna dia lain dgn yg gambo kat atas tu..


orang melayu kita..panggil pokok pukul sepuluh. 
sebeb pada pukul 10 pagi..ia akan berkembang penuh.
selepas kul 12tghari..ia akan menguncup semnula.
so..dapat tgk..kecantikkannye..hanya di pagi hari.
sebelah petang..mmg tak la..

orang indon panggil..pokok bunga depalan.
mana betul ni..kembang kul 8 ke kul 10..
ntah2..kul 9 tak. hihihi..
ada ica terbaca di laman lanskap rasanya..
dia ckp..bunga ni cantik jika di tanam berbaris.
bila ia dah merimbun...mmg cantik di pandang!!

gambo kat bawah ni ..family turnera gak...
nama dia..turnera ulmifolia


menurut mak kawan ica..yg ica mintak pokok dr dia kat johor tu..
yg ulmifolia ni ..takde hidup sembarangan. dia ckp..ni pokok bunga nursery. 
kalau jual kat nursery..RM6/RM8 sepasu.
yg subulata tu...dia ckp...byk bersepah2.
tu dia yg ckp...saya tak capak ape2..hihihi

Tuesday, 13 December 2011

Bunga Kacang Panjang



jom tengok bunga lagi...


ni la bunga kacang panjang. pagi tu..ica siap kemas bilik tidur..
ica buka tingkap untuk pengaliran udara. 
ica terus nampak banyak bunga2 ungu kat batas yg ica tanam pokok kacang panjang.
wahh..!! cantiknye bunga. cepat2 ica capai handphone
 (guna camera handphone je...sony ericsson cyber-shot)
terus berlari2 anak ke belakang bilik.
terjenkit2 kaki ica nak amek gambo bunga ni. tinggi gak pokok kacang tu memanjat. 
wah...cantik3x. macam bunga orkid pun ada. puas ati ica.
seletah sekian lama nak ambil gambo bunga kacang panjang ni. asik tak kesampaian je.
sbb bunga ni kembang waktu pagi. dalam masa yg sgt singkat.

Sunday, 11 December 2011

Lagi bunga2 indah



jom cuci mata...
tengok bunga2...


heliconia nie...ica jumpa kat dalam semak tepi rumah my mak in law. ish3! pokok bunga g mahal cam ni..dia buang2 je dlm semak. ica dah kemas tempat tu... kasi org nampak sikit bunga sepit ketam yg cantik ni. 

 bunga ni pulak..ica tak tahu nama dia.. ica mintak dr rumah kawan di johor.  telah mengeluarkan bunga setelah selama 1 bulan di tanam. kalau keluar byk2 lagi cantik!


 yg ni pun tak tahu nama. kat rumah my mak in law. cantik la!!


ni pun tak tahu nama gak. ica jumpa kat tepi rumah mak dalam semak. ingatkan pokok rumput.
bila tnya mak..mak kata..mmg pokok bunga. mungkin benih dia terbang dr rumah jiran2.
cantik!!