Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Friday, 4 November 2011

SELAMAT HARI RAYA KORBAN



Aduhaiiiiiii...
kenapa la ica ni malas sgt nak wat n3..
ptg ni ica sedang menanti suami pulang dr kerja.
sbb lepas tu..kami sama2 nak menuju ke kampung halaman ica yg sgt2 di rindui.
dah 9 bulan tak balik ke johor..menjengah mak dan ayah.
rindu sangat2 pada kampung halaman..di felda sening, kota tinggi.
ntah mcm mana la rupa felda sening sekarang.
mesti terlalu byk perubahan. 
sedangkan yg lepas2 pun..ica tingal 2-3 bulan pun..setiap kali balik mesti je ada perubahan.
ni dah 9 bulan..mesti la lagi byk.
haiii...jgn sampai sesat udah le..

nasib baik la ayah kat johor tu keluarkan arahan suruh balik..
kalau tak..ntah bila la..suami nak bwk ica balik johor.
alasan sibuk je..manjang.
kita nak balik sorang2 naik bus..suami tak bg pula..
jd..ica hanya mampu menangung rindu.



sebenarnye...byk je benda2 yg ica buat/masak. tp..ntah kenapa..rasa malas nak ambil gambo.
terus ngap je.
InsyaAllah..lepas balik dr johor nnt..ica akan mulakan semula xtvc memblog ni.

nak balik kampungggggggg!!!

Sunday, 11 September 2011

alahai............part2


alahai....
punya la lama aku tak update blog aku yg cun ni. 
hihihihi
arini 13syawal.
eh! pe plak 13..dah 14syawal la..sbb da mlm. 
maknanya da 10 ari la aku tak tgk blog ni kan.
emm. bukan pe.. takde idea.
nak masukkan menu pun..
takde masak yg best2.
masih dlm mood puasa.
walaupun aku belum lg puasa 6.
sbb
terdapat beberapa halangan.
2 ari lepas..aku demam..agak terok.
aku ni kan tak suka pi klinik.
tp..
kali ni mmg kena pi klinik gak..
sbb tak tahan sgt la
sejuk semacam.

alamak!
potong idea betol la...
aku tgh tgk citer "buit kepong" kat tv2.
cam best plak tgk citer pasal kemerdekaan ni. jd..idea hilang begitu saje.

bersambung lagi........

Friday, 2 September 2011

alahai............

hhmm... arini 4 syawal...
tak tau nak kata raya meiah ke tak. sbbnye...dari sblm raya sampai la sekarang..
aku tak keluar pun dari Felda ni...
jd..mmg tak rasa raye la..
sbb tak nmpk meriahnye jalan raya dgn redetan kereta..
ye la..felda ni kecik.. jd..org tak ramai sgt macam felda aku di johor.
lgpun...asik terperuk di rumah.
tak kat rumah aku... kat rumah my mak in law.
kakak n abg2 ipar balikcni...so...time ni la utk bersembang dgn depa.
semalam semua dah pulang ke selangor.
jd..sunyi la kami2 di sini.

Alhamdulillah....
ramai tetamu datang bertandang ke rumah sewa ku ini.
jd..lauk pakuk hari raya..ala johor yg aku buat...habis.
risau gak tak habis...ye la..mula2 tu..ak utgk..depa mcam takut je nak makan. 
ye la...hari raya depa biasanya di hidang dgn lemang.
tp..bila dtg rumah aku...
ada
nasi himpit, kuah kacang, kuah lodeh, rendang ayam cili padi pulak tu..dgn sate goreng!!
ramai juga yg teruja utk makan. sbb sebelum2 ni depa penah rasa kesedapan kuah lodeh dan sambal kacang di tempat lain. ye la... org dah penah merantau.mesti dah penah jumpa. kecuali org yg tak penah keluar dari perak ni... mmg depa takut nak makan.
ada sorang tu...kawna mydear la..
dia tanya..
"camner cara nak makan?"
hehehe..lawak betol.

punya byk aku masak.
seb bek ada adik ipar dtg tolong.
rupa2nye.. org cni..lauk raya depa.. 1 jenis je. iaitu rendang daging.
untuk makan dgn lemang.
aku pulak..mmg tak berapa minat dgn rendang daging.
jd..rendang ayam aku tu la..yg aku makan lebih.

malam raye...
lepas magrib..aku gi lepak rumah my mak in law sat.
sbb nk  tunggu abg ipar. aku kirim dia beli tempe kat klang tu.
sbb kat perak ni takde tempe!
tungu punya tunggu tak sampai2.. 
alahai..lamanye.
rupa2nya kereta depa rosak sewaktu mendaki bukit kat trowong perak tu.
akhirnye depa selamat sampai..kul 11 mlm.
balik2 rumah..aku terus siap2kan bahan utk masak lodeh. sempat juga buat kek coklat!
aku tido pukul 3pg!

pagi raya pertama...
aku bangun2..terus siapkan masak lodeh. dan topping kek!
sbb mydear cakap..rumah kami rumah pertama geng2 raye dia akan tuju.
siap je depa sembahyang raya...
geng2 adik ipar dah sampai rumah aku.
anak2 jiran pun! diikui dgn kawan2 mydear.
waaaaa....ramainye!
hampir tak muat ruang tamu rumah sewa ni.
aku pulak...bersilat di dapur.. menyiapkan hidangan dan membasuh2 pinggan dan cawan2 kotor.
lepas kwn2 abg balik... cuma utk baring kejap..sbb pinggang dah terasa panas.
lama sgt berdiri kut.
baru nak baring...bebudak bagi salam nak beraya.
ku gagahi jua badan yg dah penat ni.
bebudak nak beraya..tak bek kalau kita tak bg masuk.
lagipun...ayah pernah cakap..tetamu datang membawa bersama rezeki utk kita.
ape makanya hari rye..kalau  rumah kita sunyi sepi.. takde orang nak datang.

walaupun kat sini..ica takde kawan... tp...
alhamdulillah... rumah ica terus dihujani tetamu.
1 group balik.. 1 group datang... sampai la ke petang.
antaranya adik2 yg pernah kerja dgn ica dulu.
 pukul 5 ptg..ica terlelap jua...di depan tv..
kul 6ptg..mydear kejut..ajak gi rumah mak.

malam raya kedua.....
terus melepak kat rumah mak..bersembang dgn ipar duai.
dari ruang tamu..bawak ke dapur..
dari dapur bawak ke ruang tamu.. 
ke dapur semula... keruang tamu semula...
bersembang..dan terus bersembang.
 pukul 11 malam...

kakak ipar..kena rasuk!!
2 orang anak dia... pun kena.. meraung2 menangis!
alamak!
meriahnye rumah!
bebudak yg tengah men bunga api kat luar pun..masuk rumah.
sekali dia mengilai la pulak!
meremang bulu roma ku.
akhirnya..pukul 4pg...baru la kak ipar tu ok..terlelap..
tu pun setelah panggil org yg pandai2 skit bab2 ni.
 mulut aku dah berapa kali menguap pun aku tak tahu dah.
urat tengkok dah semakin tegang.
mengantok!!!
tp..aku gagah kat mata.. tak mo tido jugak.
lagi pun tak selesa..
sbb dari petang lagi aku tak mandi!!
pukul 6.45pg..baru aku n mydear balik rumah.
mandi..dan terus tido!!!
kul 10.30 pg baru tersedar.
tu pun...kwn2 mydear dtg nak pinjam kete.

waaaa...tekak terasa perit!
urat tengkok sakit!

to be continue...

Sunday, 28 August 2011

LAMBAIAN EIDILFITRI

Lambaian Aidil Fitri 


Suara takbir berkumandang
Membisik di hati
Sebak terasa di dada
Ku teringat kampung halaman


Di pagi indah aidilfitri
Yang mulia ini
Sayup jauh dingatan
Ayah bonda sanak dan saudara


Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa


Aidilfitri
Disambut penuh gembira
Walaupun di perantauan
Bersyukurlah kepada Illahi


Ku terharu
Merindukan gurauan

Lambaian di desa
Ayah bonda sanak dan saudara


Ampun maaf
Ku pohonkan di angin lalu
S & JA:
Ampuni anakmu
Dari segala keringan dosa


Ayah dan ibu
Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia
Aidilfitri penuh syahdu


Jangan sedih
Usahlah kau berduka
Melayan gundah di hati
Gema takbir menambat di jiwa


Ampun maaf
Ku pohonkan di angin lalu
S & JA:
Ampuni anakmu
Dari segala keringan dosa


Ayah dan ibu
Dengarilah rintihan ku
Di hari yang mulia
Aidilfitri penuh syahdu

Sunday, 21 August 2011

KAD RAYA UNTUK AYAHBONDA


waahhh...
lama betul tak update blog kan. sebenarnye hari2 je tgk blog ni. tp..takde ati nak wat n3.
errmm...ntah kenapa. jd..usha2 blog orang len. sambil g tgk rsepi bisut yg mudah2 kat myresepi.
errmm..cadangnye hari ni nak buat biskut lah.
hari ni pun macam semangat lebih sket...hsbn pun dah keluar gi kerja...
jd...ica akan menyinsing lengan...
membersihkan rumah!
semangat semalam..bersihkan bilik..masih berbaki. jd..bersihkan bilik yg lg 1...lepas tu baru buat kueh.


inilah kad raye yg ica dah pos pun ke johor.
ermm..susah tau cari kad raye sekarang ni. byk kedai2 yg hsbn ckp...ada jual kad raya..kitaorg gi lah... tp..semuanye takde...
last2 gi cari kat pasaraya A-Wang, gerik tu. kena panjat tngga. sbb adik ipat cakap..biasanya kad2 bahagian atas. panjat punya panjat... alhamdulillah..ada. tp...tak byk. tak kisah lah..janji ada.
tp..semuanya yg dah pack 5 keping dalam. adoyai... ica nak beli sekeping je. tgk2 lg..jumpe la..yg besar2.. tp..untuk kekasih! sayangku! adoyai... belek2 lagi...jumpa untuk ayahbonda. bahagian belakang. seb bek ada. tgk harga.. rm6.50. boleh lah. kad pun besar. ada gambar masjid ubudiah, kuala kangsar lg. cun la tu!
jd..malamnye dgn tekun ica menulis.... tak sedar... air mata menitik. sedar pun bila hsbn toleh kat ica...
"aik! nangis?" katanye
aku baru sedar yg aku nagis. hihihi...malu la.. aku ckp..
"mana ada ica nangis". ayat cover. hihihi..

Wednesday, 17 August 2011

Raya Perantau


hari ni takde mood nak masukkan cerita pasal masak. 
walaupun tadi hampir sehari aku buat apam polkadot.
lepas berbuka tadi..aku call mak.
 akhirnye terpacul gak soalan yg aku yakin dari awal puasa hari tu mak nak tnya. 
" tak balik ke raya nnt?"
serba salah aku nak jawab. tp..nak tak nak kena jawab jugak la..
"tak"
aku dgr mak mengeluh walaupun tak kuat hembusan nafas dia tu. tp..masih nyata di pendengaran aku.
 di iringi...."hmmm.."
mesti mak kecewakan. dah 7 bulan aku tak balik johor. macam la johor tu jauh sgt kan.
maaf kan ica mak. bukan suka2 ica tak balik. 
alasan pun aku dah bg td. ternyata..mak tak boleh terima alasan aku tu.

malam ni..malam 18ramadhan. ada 12 hari lg nak sambut raya. cepatnye masa berlalu. seperti yg aku bgtau minggu sudah. kalau boleh mmg aku taknak raya wujud tahun ni. aaagghh.!! siapa la aku nak buat cam tu kan.
aku tnya lagi..
"ani tak balik, mak?"
mak jawab.."tak..semua tak balik.."
mak macam marah je.
ye la....walaupun aku takde anak lg.. tp aku faham...
semua ibu2/mak2..nak sambut pagi raya tu..dgn di kelilingi anak2.

agghh!
kalau boleh aku tak nak masukkan lg cerita raya kat blog ni. awal sgt.
tp..malam ni aku mmg teremosi.
jd...lagu amy mastura ni..macam best je..layan perasaan aku.
aduhai...kenapa la air mata aku asik nak gugur je.
jd..layan gak...air mata syawal....

gambar raya tahun lepas...aku feluk mak kuat..sbb aku tahu.
.tahun ni aku tak dapat beraya dgn mak...