Tuesday 27 December 2011

Pizza



Assalamualaikum.
kelmarin ica buat pizza. dah lama dah teringin buat...sejak2..
kak biras dok cerita dia gi kursus pizza.
katanye...senang sangat nak buat pizza ni.
ica pun kumpul la bahan2 nak membuatnye.
mula2..suh en.suami gi beli yis.
gi kulim aritu..kedai bakery..ica beli chess..
sebelum kelmarin tu..ica gi kuala kangsar..
beli la sosej dgn sayur campur yg carrot,jagung dgn kacang pess tu.





dah la.. ni je la... untuk resepi..ica tgk kat myresipi.
selamat mencuba.

Friday 23 December 2011

Kek Kahwin


Ya Allah, 
permudahkanlah segala urusan ku.
amin.

penat..penat..penat!
letih betul hari ni.
dari pagi sampai tengahari..duk kerjakan kek ni.
semlm dah bakat kek. arini..ingat nak deko je la. 
sekali...cream buat hal pulak. agak cair. mungkin terlebih air time bancuh guna icing tu.
frust99x!!


berkali2 buat bunga rose tak jadi...asik terkulai je.
bila msg cikgu kek..dia suh pukul krimwell yg lain...terasa mls pulak. akhirnye tekad buat jugak. 
tp..hasil tak menarik. 1 kuntum tu...kelopak dia kembang terlebih.
takpe la. lgpun bukan org tempah..
cuma..
suami nak hadiahkan kat kawan dia yg kawin esok.
nasib baik suami belikan nasi utk makan tengahri. ica tak sempat nak masak.
terima kasih abang..sbb memahami.

Wednesday 21 December 2011

AGAR-AGAR PELANGI




Assalamulaikum wbt.
......
asik makan kek je akhir2 ni.
jd...kita rehatkan lidah dr krim2 bagai.
hari ni ica buat agar2 pelangi.
ica kan suka pelangi. (^_^)


bila ternampak agar2 yang cantik ni..ketika melayari google..
terdetik dalam hati..
'cantiknye agar2 ni. macam mane la cara membuatnye ye?'
masa tu.. ica tercampak ke website buat2 hantaran ni...
dia promote untuk orang order..buat hantaran tunang/kahwin.
tau tak..harganye berapa?
RM80 sebiji.
tp...yg tu..ada gubahan bunga dr agar2.
lagi cantik la.
tp..kalau kosong..takde gubahan bunga... harganye..RM45.
adoi...mesti resepi rahsia ni.
kompom ica tak dpt buat.
tp..nak di jadikan rezeki...
dihari yg lain la...
ica tercampak ke myresipi...
rupa2nye...masih ada org yg bermurah hati nak kongsi resepi.. 
agar2 pelangi ni. mmg bersyukur sgt2.
ape lagi...salin... dan.. buat!
bahan2 mudah je...



jom try buat!
semua org suka makan..sebab.. ia..
CANTIK!

jom intai resepi dari Aziemas ni...

BAHAN A:

15gm agar2 serbuk
1200ml air
200gm gula
pelbagai pewarna

BAHAN B:
15gm agar2 serbuk
800ml air
400ml santan - ica guna susu cair
200gm gula
1/2 st garam - ica tak letak

CARA-CARA:
  1. Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
  2. Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
  3. Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
  4. Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil
  5. CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
  6. Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn garfu supaya lapisan akan melekat.sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
  7. Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn garfu. agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
  8. Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...


Monday 19 December 2011

Blueberry cake



Assalamualaukum.
hari ni ica buat cake lagi!!
sejak2 balik dr kursus buat cake kat kolej komuniti tu..ica asik buat cake je.
adoiii...tak tahu la dah berapa biji telur ica makan.
suami pun..dah berkali2 tegur ..yg badan ica dah nampak gemok.


ekceli..hari ni birthday adik ipar ica yg bongsu tu..
dah sebelum ni..birthday kakak2 n abg2 dia...kami belikan cake.. so..birthday adik ni nak kena ada kek jugak la..
yg best..ia home made!

kali ni ica buat besar sikit.size loyang 12 inch.
rasanya...ada la dalam 1.5 kg kut.
disebabkan..cikgu kursus tu ckp..kek bluebarry mmg putih je. takde warna2..
so..ica serikan ia dgn jelly redball.


bab deko kek ni...jgn la korang komen pe2. sbb ica baru sgt belajo.
tu pun byk tgk2 n blajo kat tenet je.
teknik2 mendeko.
tp...td..suami ica puji. dia kata cantik.
ada peningkatan dr yg 1st buat aritu.
yg 1st aritu..ica buat cake black forest..utk birthday adik ipar yg gurl pd 7 dec aritu.

ekceli pening kelapa ni..
sbb suami suruh ica buat cake utk kek kawin kawan dia hujung minggu ni.
adoiiiii... deko pun tak cantik lg. kek kawin pulak tu. mesti la org nak yg tebaik kan.
suami ckp dia nak sponsor utk kawin kawan dia tu.
ica ok je... sbb kami takde bg hadiah pe pun kawan tu kawin.
kawan ni..ape lagi..byk seronok la..
ye la..ada org nak sponsor.dpt jimat buget.tp..dia tak tahu.. yg ica ni..deko kek tak cantik lg.
pening9x!!!

Saturday 17 December 2011

Turnera Subulata


Assalamualaikum semua.
malam tadi dah pun tahu keputusan siapa juara program realiti Solehah.
tp..sayang..ica tak dapat tgk sampai habis.
kawan en. suami datang..main ps3.
jadi..terpaksa la ica..memerap dalam bilik.
dan..
akhirnya..tertidur..

yg ni version putih

cari try cari info pasal turnera ni..
tapi tak jumpa..
cari tak bersungguh pun sebenarnye..

mula2 ica nampak pokok ni adalah dekat dengan
Pejabat Felda Lawin Tengah..time tu..kan..setiap pagi..ica and the geng gi kebun cili.
cantiknyeee..
kali kedia...dekat area Sg. Siput. tepi jalan. cantik sgt. nak suh en.suami berenti pun..
cam susah je.. sbb kete lalu lalang.
kali ke tiga..
bila ica balik kampung kat johor raya haji yg lepas.
ye la... kan Felda Tunggal..juara AKKF 2011.
bila tgk bunga ni berbars di sepanjang jalan area Felda Tunggal ni..mmg hati terpaut sgt..
'aii..kalau la dapat mintak'
ica gi raya rumah kawan. mak dia ada tanam.. ape lagi..mintak le..hihihi..
sampai2 rumah kat perak ni...cepat2 ica cucuk tanam.
alhamdulillah..hidup.
dah keluar bunga pun. 

yang ni...version kuning..ce tgk betul...warna dia lain dgn yg gambo kat atas tu..


orang melayu kita..panggil pokok pukul sepuluh. 
sebeb pada pukul 10 pagi..ia akan berkembang penuh.
selepas kul 12tghari..ia akan menguncup semnula.
so..dapat tgk..kecantikkannye..hanya di pagi hari.
sebelah petang..mmg tak la..

orang indon panggil..pokok bunga depalan.
mana betul ni..kembang kul 8 ke kul 10..
ntah2..kul 9 tak. hihihi..
ada ica terbaca di laman lanskap rasanya..
dia ckp..bunga ni cantik jika di tanam berbaris.
bila ia dah merimbun...mmg cantik di pandang!!

gambo kat bawah ni ..family turnera gak...
nama dia..turnera ulmifolia


menurut mak kawan ica..yg ica mintak pokok dr dia kat johor tu..
yg ulmifolia ni ..takde hidup sembarangan. dia ckp..ni pokok bunga nursery. 
kalau jual kat nursery..RM6/RM8 sepasu.
yg subulata tu...dia ckp...byk bersepah2.
tu dia yg ckp...saya tak capak ape2..hihihi

Tuesday 13 December 2011

Bunga Kacang Panjang



jom tengok bunga lagi...


ni la bunga kacang panjang. pagi tu..ica siap kemas bilik tidur..
ica buka tingkap untuk pengaliran udara. 
ica terus nampak banyak bunga2 ungu kat batas yg ica tanam pokok kacang panjang.
wahh..!! cantiknye bunga. cepat2 ica capai handphone
 (guna camera handphone je...sony ericsson cyber-shot)
terus berlari2 anak ke belakang bilik.
terjenkit2 kaki ica nak amek gambo bunga ni. tinggi gak pokok kacang tu memanjat. 
wah...cantik3x. macam bunga orkid pun ada. puas ati ica.
seletah sekian lama nak ambil gambo bunga kacang panjang ni. asik tak kesampaian je.
sbb bunga ni kembang waktu pagi. dalam masa yg sgt singkat.

Sunday 11 December 2011

Lagi bunga2 indah



jom cuci mata...
tengok bunga2...


heliconia nie...ica jumpa kat dalam semak tepi rumah my mak in law. ish3! pokok bunga g mahal cam ni..dia buang2 je dlm semak. ica dah kemas tempat tu... kasi org nampak sikit bunga sepit ketam yg cantik ni. 

 bunga ni pulak..ica tak tahu nama dia.. ica mintak dr rumah kawan di johor.  telah mengeluarkan bunga setelah selama 1 bulan di tanam. kalau keluar byk2 lagi cantik!


 yg ni pun tak tahu nama. kat rumah my mak in law. cantik la!!


ni pun tak tahu nama gak. ica jumpa kat tepi rumah mak dalam semak. ingatkan pokok rumput.
bila tnya mak..mak kata..mmg pokok bunga. mungkin benih dia terbang dr rumah jiran2.
cantik!!

Wednesday 30 November 2011

MARIGOLD



Assalamualaikum kepada pembaca pelangipetangindah.
sebelum ica nak citer pasal marigold ni...
ica nak sentuh sket pasal blog bunga.
setakat yg ica dah search kat google...
teramat kurang sangat blog kat malaysia ni yg cerita psal bunga..guna bahasa melayu.
yg byk...guna english..
hmmm..ica ni kurang sket la nak faham bahasa english ni...
ingatkan nak copy la...nak mintak tolong pakcik google translate..
sekali tak leh copy daa...
bagus la tuan blog tu buat camtukan...lgpun hasil tulisan dia...hak mutlak dia la kan.
hmm...
setakat ni...ica jumpa 1 blog ni..yg boleh dikatakan..ada gak la info2 pasal bunga.
antaranya


kalau boleh la kan..ica nak sangat ada blog..yg boleh kita berkongsi info tentang bunga/tanaman.
bukan setakat nama2 bunga..
tp..juga tentang cara penjagaan.
sbb cara penjagaan yg paling penting sebenarnya.
ini pendapat ica la..



ok..meh kita cerita pasal marigold.
orang melayu...panggil bunga tahi ayam.
kesian...bunga yg cantik cam ni..dorang panggil tahi ayam.
hmmm...
bunga ni mempunyai bau yg agak busuk.
thats why la panggil tahi ayam ye..
tp...ica tak mo panggil nama tu..ica nak panggil marigold.
sbb bila panggil marigold..ia mengambarkan..sekuntum bunga yg cantik..dan bercahaya seperti emas.

marigold mudah tumbuh dgn cuaca di malaysia ini.
(kat negara lain..ica tak tahu)
cara pembiakan...melalui biji benih.
bila kuntum2 marigold dah layu....ia akan gugur ke tanam.
akhirnya..benih itu akan menghasilkan anak pokok yg baru.
memerlukan cahaya matahari yg banyak sepanjang tahun.
tp..kena rajin siram la ye
pagi dan petang.
bunganya tak tahan lama...
lebih kurang dalam 2 minggu je mampu bertahan.
selepas itu akan layu.
tp..jgn risau..nnt akan muncul anak pokok yg baru! ^__^

pendapat ica..kalau tanam sekumpul..banyak2...lg cantik.

gambar marigold di atas..ica ambil dr laman rumah ica. cantikkan!!

Tuesday 29 November 2011

hobi tanam pokok bunga pulak


mcm yg ica bgtau  di poting  yg lepas.. ica dah tukar hobi.
pergi mana2 pun duk usha bunga2. tak kira..kat rumah orang ke..or kat tepi2 jalan.
wat masa ni...ica lom ada beli lg bunga2..setelah keciwa yg dulu..masih belom sembuh.
ye la...masa baru2 oindah ke perak ni..ica ada la beli 2 jenis pokok bunga ni. bunga dia mmg cantk sgt.
1 wane merah..1 warna kuning. cantik la sgt.
tp sayang....1 minggu je bertahan.
lepas tu...terkubur utk selama2nye.
jd..skang ni..ica nak kumpul informasi dulu..pasal bunga2 ni.
dah tahu kerenah dia..baru boleh beli.
jd..wat masa ni..ica byk mintak bunga dr org2 yg ica kenal..paling byk..dr my mak in law la..
my mak in law..mmg minat sgt kumpul perbagai jenis tumbuhan berbunga.
adik ipar cerita... dulu kat rumah my mak in law...tersgt la byk jenis2 bunga. halaman rumah penuh bunga. tp..ntah nape...my mak in law byk buang.
jd..skang ni..dia nak kumpul semula.
sbb dia tgk..menantu dia yg sorang ni..tgh giler bunga.
hari2..kami semban pasal bunga je.
hik..hik..hik..

akhirnye berbunga gak bunga kertas ica ni. ni kali ke 3 ia berbunga setelah
berbulan2 tak bunga. rupa2nya..nak baja bunga da...

ni spesis zinnia..kat rumah my mak in law... kalau tanam rapat2...byk cantik loo..

spider lily....antara yg menjadi pujaan hati ica. ada org panggil pokok bakong.  cantik la pokok ni.
ini je yg dpt ica perlihatkan dulu. xculy..byk lagi...tapi.... lama sgt upload gambo2 ni. ica tak suka tunggu lama2. buhsan.

Saturday 26 November 2011

setelah hampir sebulan

assalamualaikum..
lama betul tak update. hmm..rasa mcm malas .bukan rasa lg..tp mmg dah kompom2 malas la tu. kan.
ntah kenapa..lepas balik2 dr johor..ica dah tak sibuk nak buat kuih or kek lg. 
ica dah sibuk dgn bunga.
pergi mana2 pun....dok usha bunga kat halaman org.
my mak in law pun... tgh suka bunga. kami berdua...boleh kata hari2 dok citer pasal bunga.
bertukar2 pendapat dan pandangan.
lepas raya haji aritu...ica dah beli 14 biji pasu. mym ak in law pulak...19biji pasu.
huhuhu...
tp..bunga2 yg biasa je setakat ni. yg pelik2 lom ada lg.
nnt...kami akan tambah koleksi dr semasa ke semasa.
ica dah ambil beberapa gambar bunga yg ica tanam kat halaman. tp...ari ni...hp ica kena pinjam dgn cik abang..
sbb hp dia rosak.
adoiii...
so..kita layan gambo.. dr google dulu..


cantik la bunga ni. unik. ica suka sgt.
kat mana agaknye ica boleh dapatkan bunga ni ye...??

Friday 4 November 2011

SELAMAT HARI RAYA KORBAN



Aduhaiiiiiii...
kenapa la ica ni malas sgt nak wat n3..
ptg ni ica sedang menanti suami pulang dr kerja.
sbb lepas tu..kami sama2 nak menuju ke kampung halaman ica yg sgt2 di rindui.
dah 9 bulan tak balik ke johor..menjengah mak dan ayah.
rindu sangat2 pada kampung halaman..di felda sening, kota tinggi.
ntah mcm mana la rupa felda sening sekarang.
mesti terlalu byk perubahan. 
sedangkan yg lepas2 pun..ica tingal 2-3 bulan pun..setiap kali balik mesti je ada perubahan.
ni dah 9 bulan..mesti la lagi byk.
haiii...jgn sampai sesat udah le..

nasib baik la ayah kat johor tu keluarkan arahan suruh balik..
kalau tak..ntah bila la..suami nak bwk ica balik johor.
alasan sibuk je..manjang.
kita nak balik sorang2 naik bus..suami tak bg pula..
jd..ica hanya mampu menangung rindu.



sebenarnye...byk je benda2 yg ica buat/masak. tp..ntah kenapa..rasa malas nak ambil gambo.
terus ngap je.
InsyaAllah..lepas balik dr johor nnt..ica akan mulakan semula xtvc memblog ni.

nak balik kampungggggggg!!!

Sunday 16 October 2011

DINAR EMAS



DINAR EMAS


SUMBER: WIKIPEDIA


Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dinar emas merupakan mata wang berasaskan emas yang dicadangkan digunakan di seluruh dunia terutama di negara-negara Islam.
Istilah ini dipilih kerana berteraskan mata wang Islam yang pernah digunakan di negara Madinah al-Munawwarah pada zaman Nabi Muhammad lagi, iaitu dinar. Dinar emas telah diperluaskan lagi pada zaman Khulafa Al Rasyidin yang tersebar dari Afrika UtaraAndalusia hinggalah ke BukharaDelhi dan Asia Tenggara kemudiannya.
Dr Mahathir bin Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia telah melihat kebaikan dinar emas untuk digunakan sebagai wang seragam dan sama nilai sejak 2003 lagi. Tetapi pada ketika gagasan ini agak baru, di pandang remeh dan dilihat sebagai saingan dan meniru euro dolar di Eropah.
Dinar emas disasarkan kepada negara-negara Islam yang menyertai OIC. Dinar emas diharap menjadi mekanisme pasaran global yang dapat mengatasi masalah penyangak mata wang yang berleluasa di setiap pasaran saham. Negara-negara Islam yang banyak mengeksport petroleum diharap dapat menjayakan wawasan murni yang pernah digunakan oleh Rasulullah.
Republik Turki yang diketuai Mustafa Kamal Ataturk telah membatalkan penggunaan dinar emas sebagai mata wang dan menukarnya dengan syiling dari barat pada 1924.

Dalam Al Quran dan Hadis

Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Al Quran :
"Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya". (Surah Ali Imran : 75)
"Dan (setelah berlaku perundingan), dan adik beradik Nabi Yusuf telah menjual Yusuf dengan harga yang murah, iaitu beberapa dirham sahaja..." (Surah Yusuf:20)


Beberapa perkataan dinar dan dirham tercatat dalam Hadis Rasulullah SAW:
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW telah bersabda "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). Hadis dari Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal
"Dinar yang engkau belanjakan di jalan Allah, dinar yang engkau belanjakannya dalam membebaskan hamba. dinar yang engkau sedekahkan kepada orang miskin. dan dinar yang engkau belanjakannya untuk ahli keluarga kamu. (Hadis)
Yang paling besar pahalanya (di sisi Allah) ialah dinar yang kamu belanjakannya untuk (memenuhi keperluan dan membangunkan potensi hidup) ahli keluarga kamu." (Hadis)

Kebaikan


  • Emas dan perak merupakan wang yang paling stabil pernah digunakan manusia.
  • Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
  • Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
  • Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
  • Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
  • Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
  • Semua bentuk aset kertas, contohnya bonsaham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
  • Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
  • Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar Amerika, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
  • Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
  • Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
  • Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
  • Semasa Perang Vietnam 1969-1975, Amerika Syarikat dikatakan mencetak wang kertas dolar untuk menampung kos peperangan. Wang kertas dolar ini dilarang masuk ke Amerika Syarikat semula.

Kekangan

  • Perjanjian perdagangan antarabangsa menghalang penggunaan emas dan perak sebagai mata wang.
  • Kekurangan kemahiran teknikal untuk mementukan nilai emas. Nilai emas juga turun dan naik mengikut harga pasaran semasa. Ada emas palsu dan emas celup yang terdedah kepada unsur-unsur penipuan.
  • Dinar emas mampu menyaingi sistem monetari konvensional.
  • Kononnya dinar emas berat berbanding syiling semasa. Jika jumlah yang banyak, ia mudah terdedah kepada rompakan, dileburkan dan tidak dapat dikesan lagi.
  • Jumlah kepingan dinar emas di dalam pasaran tidak dapat dipastikan kerana banyak bengkel boleh mencairkannya untuk dijadikan barang perhiasan.
  • Dinar emas tidak dapat dibawa keluar negara dan nilainya sukar ditentukan kerana tidak menjadi satu kelaziman di peringkat antarabangsa, jika dibandingkan dengan dolar Amerika.
  • Perkembangan semasa menunjukkan wang kertas dan wang syiling telah diganti dengan cek dan kad kredit dan lain-lain 'wang maya'.

Cadangan

Dinar emas boleh dimulakan oleh masyarakat di Malaysia dengan beberapa cara permulaan iaitu :
  1. simpanan harta dalam bentuk dinar emas
  2. mas kahwin
  3. membayar zakat
  4. pemberian hadiah
  5. sedekah kepada fakir miskin dan anak yatim
  6. harta cagaran di pusat-pusat gadaian ar-Rahnu
  7. upah kepada perkhidmatan
  8. sumbangan tertentu



Saturday 15 October 2011

KUIH KASTURI



masyaAllah... bersawang2 dah blog ica ni.
Assalamualaikum pembaca pelangi indah.
sebenarnye...ica ada je buat menu2 baru.  
tp..ntah knp..rasa mls sgt nak download ke pc gambo2 masak tu.
lagipun...gambo tak cantik. tu yg malas kut.
kuih kasturi ni pun...mcm bidan terjun punya kuih.


maaf..gambo mmg tak cantik. kalau tgk mungkin kurang selera .
 sbb kulit dia agak nipis. tu yg kacang hangus sket.

ica rendam la..kacang hijau.. ingat mlm nak rebus la.
sekali tepon mak.. mak kata..resepi yg mak buat ada letak kelapa parut.
aduhhh..tu yg tak jadi tu.
mmg pun sblm tu ica dah usha resepi kat tenet. 
 mmg depa bubuh kelapa parut. ingtkan mak tak bubuh.
rupa2nya..bubuh jugak.
x jd buat. 
ica toskan kacang tu,.
sekali je..pg td tgk... dah nak jd togeh.
adeh.. sayang pulak.
nekad gak la buat kasturi.
ica usha kat 1 blog ni.. dia tak bubuh kelapa parut.
dia ckp sedap je.
sebelum kacang tu betul2 jd togeh..better ica buat je la.
tp..dah keluar ekor2 dah dr kacang tu.
ica try buat..mengikut resepi dari blog Hasue
ica ikut step by step yg dia ajar
. jd sedappppppppp kuih kasturi ica buat.
rasa sama je cam mak buat. 
(puji di sendiri la pulak)
tp..seyes.. mmg sedap. lembut. suami mula2 tak mo sentuh..kononnye kenyang... 
3 ketul jugak masuk kemulut dia.

Saturday 1 October 2011

KEK COKLAT



Salam bersiaran.
tahu tak korang...sekarang dah pukul berapa??
12.24am. :)
wat posting pepagi buta.
alamak!
baru teringat...sok ica kena gi tolong jiran kat sebelah rumah mak. dia ada buat kenduri sikit.
kena tido awal ni..^__^
sebelum ica tido..meh kita tgk pulak...
kek coklat yg ica buat ni.....


tp..yg ni bancuhan dia..ica beli siap.
dari kedai kek kat gerik tu.
siap ada toppingnye sekali. tp..
buah ceri dan badam tu takde la..
ica saje letak..
nak bg mood sikit utk memakannye.


tp..rasanya ica lebih suka bancuhan yg ica pernah buat sendiri sebelum ni. lebih moist.
oklah..ica nak tido dulu..
selamat malam semua.. 
semoga kaliah di limpahi rahmat dari Allah...

Friday 30 September 2011

KEK OREN COKLAT......yummy!!



Assalamulaikum.
waa... lama betul kan. 
sampai dah bersawang dah pelangi indah.
^__^
sbnrnye...ada je menu or resipi2 baru yg ica cuba buat.
tp..ntah kenapa rasa malas nak menulis.
hmmm..
alamak...baru nak start menulis...
rancangan "solehah" kat TV AlHijrah dah mula la pulak.

kita layan gambo kek dulu....


inilah kek pertama yg ica buat...
menggunakan mixer!! :)
sebelum ni telur ica pukul tangan.
daaa..x larat la nak pukul guna tgn.
so..beli mixer..
tp..mixer murah je la..
tak kisah la murah..janji dpt pukul telur.
telur dapat kembang..

sebenarnye dah lama sgt nak buat kek oren.
asik dok teringat je kek oren yg kak long and kak ngah ica buat dulu.
mungkin da..16tahun dulu kut.
sedap la..
tp..sbb ica takde parut..
so..ica tak letak parutan kulit oren.
kalau dpt letak...alangkah sedapnyeeeeeee!!

tp..ini pun dah kira sedap sgt.

resepi..ica amek dr blog MASAM MANIS...

Meh kita check resepi kek oren yg sedap ni..

2 cwn selfrising flour - ita guna tepung kek
2 bj telur
1 cwn gula kastor
2 sudu mkn susu pekat
1cwn marjerin
1sudu mkn oren emulco atau oren sunquick - ita guna oren sunquick
1 biji parutan kulit oren - yg ni ita tabah sebab ita suka sangat bau kulit oren.

Pukul marjerin ngan gula hgga kembang. Kemudian masukkn telur satu satu.
Pukul lagi hingga kembang dan sekata. Masukkn pula tepung dan kacau rata. Tuangkan susu pekat, kacau dan last sekali masukkan oren emulco
Loyang di sapu minyak dan bakar 30min atau sehingga masak.
Kalau ikut cara ita yg bermarbel2 tu ita bahagikan adunan kepada 2 bahagian selepas dicampur dgn susu. 1 bahagian ita letakkan parutan kulit oren, oren sunquik dan sedikit pewarna oren. Untuk bahagian yg satu lagi ita letakkan choc emulco. Tuang dalam loyang yg telah bergris dan marbel2kan dia. Adunan untuk kek ni tak banyak dan keknyer juga tidak terlalu besar ita rasa sesuai kalau pakai loyang 8".

Tuesday 20 September 2011

DONUT


Salam bersiaran...
dah 3 ari tak update blog kan.
hhmm.. sbnrnye nak je masukkan cerite kat sni. tp..tgh2 edit gambo...en suami ajak gi umah mak mertua la.. ajak keluar la. tu yg terbantut je.
petang ni agak free.
pagi td..ica dan adik2 ipar gi klinik. nak wat check up.
tp..tak boleh daaaa..
doktor kata lewat sgt.. dah kul 12.. tak leh check darah. kalau nak chekc darah kena pagi..
hehehe..kitaorang ni punya la beria2..nak gi lewa sbb org tak ramai..
sekali tak leh da.. so..esok pagi2..kitaorg nak gi klinik lg.
bukan ada sakit ape pun...saje nak check kesihatan.
^__^



so...meh citer donut...
asik duk rumah je..so..mulut pun asik nak makan je la..
ica buat donut ni..sbb nak memehuni kehendak tekak. 
buruk betul perangai kan?

bila nak buat ingat2 lupa resepi yg jiran ica bg aritu.
so..
kali ni tawakal je.
tak..hasilnye cam kureng sket. walaupun rasanya sedap.
terkesar sket la. time panas sedap la lembut..tp..bila sejuk..agak keras.
tak kisah la..janji habis.


ica buat 2 versi...
1versi...balut dgn coklat.
1 versi lagi..balut dgn gula halus.

tp...ramai suka yg balut coklat. 
sedappppp katanya!!


Friday 16 September 2011

edit photo


petang ni ica takmo citer pasal makanan.
ptg ni ica nak share dgn pengunjung PELANGI INDAH... tempat2 utk kita edit foto.
kesian betul ica ni tau.
mungkin ramai da tahu. tp.. icatak kira.. ica nak bgtau jugak.
kut la ada yg tak tahu kan.
ica sbnrnye dah lama tak men klik2.
jd...ari yg busan dan takde aktiviti luar ni..ica byk abiskan masa dpn pc.
sampai cik abang pun dah tak dpt nak guna pc.
hhihihi...
sblm ni ica edit pic kat picnic.com
tp...ari ni ica jumpa 1 tempat lg...



dibawah adalah hasil edit.
ica nak gambo tu nmpk classic.
tak tahu la jd ke tak.
tp...kat befunky ni...text dia simple2 sgt. kat picnik byk sket tulisan2 yg cantik.
sebenarnya ica nak cari sofware utk buat foto kita to cartoon, tp..tak jumpe plak. 
sbb terpikat sgt2 dgn cartoon2 kawanimut.
 oklah..sampai cni dulu.
ada keje yg harus ku buat.
 off.