Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

Tuesday, 27 December 2011

Pizza



Assalamualaikum.
kelmarin ica buat pizza. dah lama dah teringin buat...sejak2..
kak biras dok cerita dia gi kursus pizza.
katanye...senang sangat nak buat pizza ni.
ica pun kumpul la bahan2 nak membuatnye.
mula2..suh en.suami gi beli yis.
gi kulim aritu..kedai bakery..ica beli chess..
sebelum kelmarin tu..ica gi kuala kangsar..
beli la sosej dgn sayur campur yg carrot,jagung dgn kacang pess tu.





dah la.. ni je la... untuk resepi..ica tgk kat myresipi.
selamat mencuba.

Saturday, 15 October 2011

KUIH KASTURI



masyaAllah... bersawang2 dah blog ica ni.
Assalamualaikum pembaca pelangi indah.
sebenarnye...ica ada je buat menu2 baru.  
tp..ntah knp..rasa mls sgt nak download ke pc gambo2 masak tu.
lagipun...gambo tak cantik. tu yg malas kut.
kuih kasturi ni pun...mcm bidan terjun punya kuih.


maaf..gambo mmg tak cantik. kalau tgk mungkin kurang selera .
 sbb kulit dia agak nipis. tu yg kacang hangus sket.

ica rendam la..kacang hijau.. ingat mlm nak rebus la.
sekali tepon mak.. mak kata..resepi yg mak buat ada letak kelapa parut.
aduhhh..tu yg tak jadi tu.
mmg pun sblm tu ica dah usha resepi kat tenet. 
 mmg depa bubuh kelapa parut. ingtkan mak tak bubuh.
rupa2nya..bubuh jugak.
x jd buat. 
ica toskan kacang tu,.
sekali je..pg td tgk... dah nak jd togeh.
adeh.. sayang pulak.
nekad gak la buat kasturi.
ica usha kat 1 blog ni.. dia tak bubuh kelapa parut.
dia ckp sedap je.
sebelum kacang tu betul2 jd togeh..better ica buat je la.
tp..dah keluar ekor2 dah dr kacang tu.
ica try buat..mengikut resepi dari blog Hasue
ica ikut step by step yg dia ajar
. jd sedappppppppp kuih kasturi ica buat.
rasa sama je cam mak buat. 
(puji di sendiri la pulak)
tp..seyes.. mmg sedap. lembut. suami mula2 tak mo sentuh..kononnye kenyang... 
3 ketul jugak masuk kemulut dia.

Tuesday, 20 September 2011

DONUT


Salam bersiaran...
dah 3 ari tak update blog kan.
hhmm.. sbnrnye nak je masukkan cerite kat sni. tp..tgh2 edit gambo...en suami ajak gi umah mak mertua la.. ajak keluar la. tu yg terbantut je.
petang ni agak free.
pagi td..ica dan adik2 ipar gi klinik. nak wat check up.
tp..tak boleh daaaa..
doktor kata lewat sgt.. dah kul 12.. tak leh check darah. kalau nak chekc darah kena pagi..
hehehe..kitaorang ni punya la beria2..nak gi lewa sbb org tak ramai..
sekali tak leh da.. so..esok pagi2..kitaorg nak gi klinik lg.
bukan ada sakit ape pun...saje nak check kesihatan.
^__^



so...meh citer donut...
asik duk rumah je..so..mulut pun asik nak makan je la..
ica buat donut ni..sbb nak memehuni kehendak tekak. 
buruk betul perangai kan?

bila nak buat ingat2 lupa resepi yg jiran ica bg aritu.
so..
kali ni tawakal je.
tak..hasilnye cam kureng sket. walaupun rasanya sedap.
terkesar sket la. time panas sedap la lembut..tp..bila sejuk..agak keras.
tak kisah la..janji habis.


ica buat 2 versi...
1versi...balut dgn coklat.
1 versi lagi..balut dgn gula halus.

tp...ramai suka yg balut coklat. 
sedappppp katanya!!


Sunday, 14 August 2011

MURTABAK SEGERA...mudah di sediakan

hari ni dah 14 ramadhan. aii..cepat betul masa berlalu.
kalau boleh tahun ni ica tak nak raye tu wujud. sbb tahun ni ica tak dapat balik beraya di johor. waaaa..sedih3x!
hahaha..ada yg marah? orang lain tertunggu2 raya ye sbb nak balik kampung jumpe family. hmm.. ye ler.. nak tan nak..raye pasti muncul. kan? ape ica nak masak raye nnt ek?
sebenarnye dari 1 ramadhan lg..ica dah berkira2 nak masak ape raye nnt. tak la lemang. sebab ica tak minat pulut. takat makan sket tu boleh la..lebih2 tak lalu la... 
udah..udah..udah... ada 16 hari lagi puasa. jgn cerita raya lagi. mydear cakap..ica ni suka menyedihkan diri sendiri. sendiri bukak cerita raye...lepas tu..sendiri sedih. :'(





semalam juga selain buat kek pandan tu..ica buat murtabak segera ni jugak. mmg dah lama teringin nak buat. sejak2 jumpa resepi mudah ni kat myresepi.
 resepi ni datangnye dari minami133. tak sangka boleh buat murtabak menggunakan kulit popia. waahh bestnye. walaupun jauh dari mak..ica masih boleh makan murtabak ala-ala mak buat. tp...sekali jintan and ketumbar takde stock pulak daaa... mak ica perap daging tu dgn jintan n ketumbar. tu yg len tu. sedap sgt!
 jd..bila takde 2 benda tu...ica buat la macam minami tu buat. guna rempah kari.
 tp..ada beberapa  perkara ica tak bubuh. kentang tak bubuh..sbb lambat empuk. nnt mesti nak kena letak air lebih. sedangkan ica nak daging tu dlm keadaan kering. daun sup tak bubuh sbb stock habis. pak aji pun tak..sbb daging tu dah ada rasa lemak2. pendek kata..ica buat ikut suka hati ica. hihihihi..
yg penting nak ada rupa macam mak buat!
jom la tgk resepi murtabak ni. 
inti murtabak ni ica bg resepi ica tau. sape nak tgk resepi minami..boleh tgk DISINI



RESEPI MURTABAK SEGERA

Bahan:
100g   daging dicincang (sebelum tu rebus tu sampai empuk)
1sb   rempah kari- bancuh dgn sedikit air
1ulas   bwng merah-di cincang
1ulas   bwg putih-dicincang
sedikit   minyak utk menumis
1/2 btg    carrot
1bj    bwg besar- dipotong kasar
secukupnya    kulit popia
2biji    telur
secubit garam

cara: 

>tumis bwg merah n bwg putih hingga naik bau.
>masukkan pes kari. kacau hingga garing
>masukkan daging yg telah di cincang
>masukkan carrot. carrot ni potong 1inci pjg. tebal1mmx1mm.
>angkat..sejukkan.
>di dalam bekas lain..pukul telur. kejap je.jgn lama.
>ambil kulit popia..bentangkan. tabur daging.. pastu..tabur bwg kasar yg dihir kasar td. 
curahkan sedikit telur. secukupnye.
> bungkus segiempat.
>goreng atas non stick pan.
>siap!

Saturday, 6 August 2011

ROTI JALA

Assalamualaikum. dah berbuka?? korang buka ape? buat sendiri ke beli?
ramadhan kali ni..ica rasa macam takde hati nak masak la. rasa mcm better beli je. badan tak penat.. duit  pun dpt jimat. eh! beli dpt jimat??? biar betul ko ca? ye la.. betul. sbb ica ni berdua je dgn husband. anak takde. kalau masak tu..rasa mcm lebih kosnya. lagi pun bukan nak makan byk pun. tahun ni ica try sahur dgn 1 lauk sahaja. ia mencukupi! malas masak tu ye juga. mana tak malas... sbb penat2 masak... akhirnya terbuang ke tanah jua. jd... ramadhan kali ni..ica nekad tak mo terbuang2. membazir. lgpun..ica mmg tgh berjimat ni.. kumpul duit.. nak balik raya kat johor. (*-*)


korang agak2.. roti jala ni ica buat ke beli? hehehe... baru td ckp jimat beli ekk.. tp..hari ni ica buat juga roti jala ni. nak pk jimat mmg la kan.. tp...segan pula ica.. jiran kiri kanan dah bagi ica juadah. tp..pinggan mangkuk diaorang ica tak pulang2 lagi. tak sedap pula kalau kita bg yg beli. kebetulan... hehehe..kebetulan tuuu..minda ni terbayang2 roti jala yg mak selalu buat bila bulan puasa ni. kebetulan juga...ica call mak semalam. mak cakap mak buka roti jala semalam. elok beno la... ica pun tnya la resepinye. teruk betul ica ni..setiap kali nak buat..setiap kali tu la ica akan call tnya mak.


kali ni ica teringin sgt roti jala cicah dgn kuah dalca. ramadhan tahun lepas.. ica buat cicah dgn kari ayam. terbayang2 kat tekak ni betapa sedapnye dalca mak buat. ica kan.. ape yg ica masak... ica nak ada rupa sama macam mak masak. nak sama macam rasa yg mak masak. kalau rasa atau rupa tak sama...ica kurang selera nak makan. adoyaiiii...rasa nak nagis ni.. rindu kat makkkk...



sebelum ica terlebih layan perasaan..meh ica kongsikan resepi mak ica ni. rasanya sama je macam resepi org lain. 

ROTI JALA

Sumber : mak yg selalu di rindui.. Hajah Gemah Bt Tik.

bahan: (untuk 7-8 org mkn..dapat lebih kurang 30gulung jala)
500g tepung gandum
1biji telur
1/4cawan minyak masak
sedikit garam [ikut selera masing2]
air secukupnya
cara:
campurkan semuanya...blend. senangkan? hehehe... macam tu je ke?
oklah..oklah... bab nak sukat air tu yg susah sikit. biasa la..resepi dari mak.. mana ada guna liter2 belake... ica buat td pun..mula2 tu tercair gak. hehehe. tahun lepas aku buat ngam2 je air..macam dah expert je. tahun ni tercair la pulak.
biasa la..setahun sekali buat..mmg macam tu. kepekatan adunan roti jala ni..cair sikit je dari kita nak goreng pisang. ha..cam tu lah. senang ckp..dah bancuh tu..kita try la menjala sikit. kalau tersekat2 tu..maknanye pekat sgt. nnt jala kita koyak. kalau keluar laju sgt... dan bila kita menjala tu..bercantum...tu maknanye cair sgt. nnt jala kita jadi kain la pulak. pendek kata.. try n error. eh..salah2..mana boleh error.. kena try n berjaya. ermm baru la betul. :-)

ape? nak tahu camner nak masak dalca? errmmm.. esok la ek ica bg resepi. ica penat sgt la. pnt berdiri menjala td. nnt ica share ye.

Thursday, 21 July 2011

KUIH TAKO... SEDAPPPPPPP!!

Aku ni tak berani sgt nak mencuba sesuatu yg baru. mesti ambil masa yg lama memikirkan samada nak buat atau tidak.

assalamualaikum semua.... (hehe..macam ramai je yg baca blog aku ni.hahahaha)
nak cerita pasal tako ni. aku tau nama kuih ni tako..selepas aku tgk darama " kasihnya ramadhan" kat tv3 tidak lama dahulu. pelakonnya Eja dgn...alamak! lupa pulak nama pelakon lelaki tu. ha.. kat citer tu la aku tahu nama dia tak. kalau seingat2 lupa aku ni.. sebelum ni mak kau panggil kuih pelita. ntah la. mana2 je la. lain tempat..lain panggilnye ye. ^-^
aku dpt resepi ni kat myresepi. aku tgk senang sgt cara membuatnye. cuma...aku tertanya2 mcm mana la rupanye tepung hoen kwe tu. aku pun google image la. dah tahu rupa dia..senang la aku cari kat pasaraya.
1st time buat kuih ni..mmg teruja sgt. bersungguh2 aku melibat daun pandan tu buat kotak. 2nd time buat..dah rasa malas sket. sbb penat la buat kotak dia. kalau ada bekas dadih tu kan senang. tak yah la kau melipat kotak ni. tp...kalau dalam kotak daun pandan ni..yg mudahnye bila kita nak bagi kat jiran ke. kalau pakai bekas dadih terasa rugi la pulak. ye la..kan bekas tu boleh recycle. hehe..kedekutnye aku. hahaha. lagipun..kalau dlm daun pandan ni..nmpk lebih cantik dan menarik. menarik ke??? hahaha.
uishh... sebenarnye marik tau. ni gambo yg 1st time buat. tak tahu lg teknik nak menjadikan daun tu jd 4 segi. 3 kali buat.. dah cantik dah kotak aku buat tau.
 bila aku post gambo tako kat Fb..ramai tnya resepi. so..aku mintak maaf kepada tuan asal resepi ni. dan juga meminta izin utk share resepi disini. utk kawan2.. eh! silap..utk org2 yg tersesat masuk dapur aku ni. hehehe...

RESEPI KUIH TAKO..SEDAAAPPP

Bahan-bahan ( Anggaran 30biji ( bekas daun pandan ) )

Lapisan bawah

  • 1/2 tiub tepung hoen kwe ( hijau )
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 3 biji sengkuang cina ( dipotong kecil-kecil kemudian masukkan dalam acuan bahagian bawah. 
 Lapisan atas
  • 1/2 tiub tepung hoen kwe ( putih )
  • 4 cawan sartan
  • garam secukup rasa.

Cara-cara

  1. Lapisan bawah. Campur semua bahan kacau sebati. Kemudian masak hingga likat..tuang dalam acuan daun pandan.
  2. Lapisan atas. Campur semua bahan kacau sebati. Kemudian masak hingga likat..tuang diatas lapisan bawah dalam acuan daun pandan tadi. 
selamat mencuba!