Thursday 21 July 2011

KUIH TAKO... SEDAPPPPPPP!!

Aku ni tak berani sgt nak mencuba sesuatu yg baru. mesti ambil masa yg lama memikirkan samada nak buat atau tidak.

assalamualaikum semua.... (hehe..macam ramai je yg baca blog aku ni.hahahaha)
nak cerita pasal tako ni. aku tau nama kuih ni tako..selepas aku tgk darama " kasihnya ramadhan" kat tv3 tidak lama dahulu. pelakonnya Eja dgn...alamak! lupa pulak nama pelakon lelaki tu. ha.. kat citer tu la aku tahu nama dia tak. kalau seingat2 lupa aku ni.. sebelum ni mak kau panggil kuih pelita. ntah la. mana2 je la. lain tempat..lain panggilnye ye. ^-^
aku dpt resepi ni kat myresepi. aku tgk senang sgt cara membuatnye. cuma...aku tertanya2 mcm mana la rupanye tepung hoen kwe tu. aku pun google image la. dah tahu rupa dia..senang la aku cari kat pasaraya.
1st time buat kuih ni..mmg teruja sgt. bersungguh2 aku melibat daun pandan tu buat kotak. 2nd time buat..dah rasa malas sket. sbb penat la buat kotak dia. kalau ada bekas dadih tu kan senang. tak yah la kau melipat kotak ni. tp...kalau dalam kotak daun pandan ni..yg mudahnye bila kita nak bagi kat jiran ke. kalau pakai bekas dadih terasa rugi la pulak. ye la..kan bekas tu boleh recycle. hehe..kedekutnye aku. hahaha. lagipun..kalau dlm daun pandan ni..nmpk lebih cantik dan menarik. menarik ke??? hahaha.
uishh... sebenarnye marik tau. ni gambo yg 1st time buat. tak tahu lg teknik nak menjadikan daun tu jd 4 segi. 3 kali buat.. dah cantik dah kotak aku buat tau.
 bila aku post gambo tako kat Fb..ramai tnya resepi. so..aku mintak maaf kepada tuan asal resepi ni. dan juga meminta izin utk share resepi disini. utk kawan2.. eh! silap..utk org2 yg tersesat masuk dapur aku ni. hehehe...

RESEPI KUIH TAKO..SEDAAAPPP

Bahan-bahan ( Anggaran 30biji ( bekas daun pandan ) )

Lapisan bawah

  • 1/2 tiub tepung hoen kwe ( hijau )
  • 3 cawan air
  • 1 cawan gula
  • 3 biji sengkuang cina ( dipotong kecil-kecil kemudian masukkan dalam acuan bahagian bawah. 
 Lapisan atas
  • 1/2 tiub tepung hoen kwe ( putih )
  • 4 cawan sartan
  • garam secukup rasa.

Cara-cara

  1. Lapisan bawah. Campur semua bahan kacau sebati. Kemudian masak hingga likat..tuang dalam acuan daun pandan.
  2. Lapisan atas. Campur semua bahan kacau sebati. Kemudian masak hingga likat..tuang diatas lapisan bawah dalam acuan daun pandan tadi. 
selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment