Friday 30 September 2011

KEK OREN COKLAT......yummy!!



Assalamulaikum.
waa... lama betul kan. 
sampai dah bersawang dah pelangi indah.
^__^
sbnrnye...ada je menu or resipi2 baru yg ica cuba buat.
tp..ntah kenapa rasa malas nak menulis.
hmmm..
alamak...baru nak start menulis...
rancangan "solehah" kat TV AlHijrah dah mula la pulak.

kita layan gambo kek dulu....


inilah kek pertama yg ica buat...
menggunakan mixer!! :)
sebelum ni telur ica pukul tangan.
daaa..x larat la nak pukul guna tgn.
so..beli mixer..
tp..mixer murah je la..
tak kisah la murah..janji dpt pukul telur.
telur dapat kembang..

sebenarnye dah lama sgt nak buat kek oren.
asik dok teringat je kek oren yg kak long and kak ngah ica buat dulu.
mungkin da..16tahun dulu kut.
sedap la..
tp..sbb ica takde parut..
so..ica tak letak parutan kulit oren.
kalau dpt letak...alangkah sedapnyeeeeeee!!

tp..ini pun dah kira sedap sgt.

resepi..ica amek dr blog MASAM MANIS...

Meh kita check resepi kek oren yg sedap ni..

2 cwn selfrising flour - ita guna tepung kek
2 bj telur
1 cwn gula kastor
2 sudu mkn susu pekat
1cwn marjerin
1sudu mkn oren emulco atau oren sunquick - ita guna oren sunquick
1 biji parutan kulit oren - yg ni ita tabah sebab ita suka sangat bau kulit oren.

Pukul marjerin ngan gula hgga kembang. Kemudian masukkn telur satu satu.
Pukul lagi hingga kembang dan sekata. Masukkn pula tepung dan kacau rata. Tuangkan susu pekat, kacau dan last sekali masukkan oren emulco
Loyang di sapu minyak dan bakar 30min atau sehingga masak.
Kalau ikut cara ita yg bermarbel2 tu ita bahagikan adunan kepada 2 bahagian selepas dicampur dgn susu. 1 bahagian ita letakkan parutan kulit oren, oren sunquik dan sedikit pewarna oren. Untuk bahagian yg satu lagi ita letakkan choc emulco. Tuang dalam loyang yg telah bergris dan marbel2kan dia. Adunan untuk kek ni tak banyak dan keknyer juga tidak terlalu besar ita rasa sesuai kalau pakai loyang 8".

No comments:

Post a Comment