Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Friday, 23 December 2011

Kek Kahwin


Ya Allah, 
permudahkanlah segala urusan ku.
amin.

penat..penat..penat!
letih betul hari ni.
dari pagi sampai tengahari..duk kerjakan kek ni.
semlm dah bakat kek. arini..ingat nak deko je la. 
sekali...cream buat hal pulak. agak cair. mungkin terlebih air time bancuh guna icing tu.
frust99x!!


berkali2 buat bunga rose tak jadi...asik terkulai je.
bila msg cikgu kek..dia suh pukul krimwell yg lain...terasa mls pulak. akhirnye tekad buat jugak. 
tp..hasil tak menarik. 1 kuntum tu...kelopak dia kembang terlebih.
takpe la. lgpun bukan org tempah..
cuma..
suami nak hadiahkan kat kawan dia yg kawin esok.
nasib baik suami belikan nasi utk makan tengahri. ica tak sempat nak masak.
terima kasih abang..sbb memahami.

Monday, 19 December 2011

Blueberry cake



Assalamualaukum.
hari ni ica buat cake lagi!!
sejak2 balik dr kursus buat cake kat kolej komuniti tu..ica asik buat cake je.
adoiii...tak tahu la dah berapa biji telur ica makan.
suami pun..dah berkali2 tegur ..yg badan ica dah nampak gemok.


ekceli..hari ni birthday adik ipar ica yg bongsu tu..
dah sebelum ni..birthday kakak2 n abg2 dia...kami belikan cake.. so..birthday adik ni nak kena ada kek jugak la..
yg best..ia home made!

kali ni ica buat besar sikit.size loyang 12 inch.
rasanya...ada la dalam 1.5 kg kut.
disebabkan..cikgu kursus tu ckp..kek bluebarry mmg putih je. takde warna2..
so..ica serikan ia dgn jelly redball.


bab deko kek ni...jgn la korang komen pe2. sbb ica baru sgt belajo.
tu pun byk tgk2 n blajo kat tenet je.
teknik2 mendeko.
tp...td..suami ica puji. dia kata cantik.
ada peningkatan dr yg 1st buat aritu.
yg 1st aritu..ica buat cake black forest..utk birthday adik ipar yg gurl pd 7 dec aritu.

ekceli pening kelapa ni..
sbb suami suruh ica buat cake utk kek kawin kawan dia hujung minggu ni.
adoiiiii... deko pun tak cantik lg. kek kawin pulak tu. mesti la org nak yg tebaik kan.
suami ckp dia nak sponsor utk kawin kawan dia tu.
ica ok je... sbb kami takde bg hadiah pe pun kawan tu kawin.
kawan ni..ape lagi..byk seronok la..
ye la..ada org nak sponsor.dpt jimat buget.tp..dia tak tahu.. yg ica ni..deko kek tak cantik lg.
pening9x!!!

Saturday, 1 October 2011

KEK COKLAT



Salam bersiaran.
tahu tak korang...sekarang dah pukul berapa??
12.24am. :)
wat posting pepagi buta.
alamak!
baru teringat...sok ica kena gi tolong jiran kat sebelah rumah mak. dia ada buat kenduri sikit.
kena tido awal ni..^__^
sebelum ica tido..meh kita tgk pulak...
kek coklat yg ica buat ni.....


tp..yg ni bancuhan dia..ica beli siap.
dari kedai kek kat gerik tu.
siap ada toppingnye sekali. tp..
buah ceri dan badam tu takde la..
ica saje letak..
nak bg mood sikit utk memakannye.


tp..rasanya ica lebih suka bancuhan yg ica pernah buat sendiri sebelum ni. lebih moist.
oklah..ica nak tido dulu..
selamat malam semua.. 
semoga kaliah di limpahi rahmat dari Allah...

Friday, 30 September 2011

KEK OREN COKLAT......yummy!!



Assalamulaikum.
waa... lama betul kan. 
sampai dah bersawang dah pelangi indah.
^__^
sbnrnye...ada je menu or resipi2 baru yg ica cuba buat.
tp..ntah kenapa rasa malas nak menulis.
hmmm..
alamak...baru nak start menulis...
rancangan "solehah" kat TV AlHijrah dah mula la pulak.

kita layan gambo kek dulu....


inilah kek pertama yg ica buat...
menggunakan mixer!! :)
sebelum ni telur ica pukul tangan.
daaa..x larat la nak pukul guna tgn.
so..beli mixer..
tp..mixer murah je la..
tak kisah la murah..janji dpt pukul telur.
telur dapat kembang..

sebenarnye dah lama sgt nak buat kek oren.
asik dok teringat je kek oren yg kak long and kak ngah ica buat dulu.
mungkin da..16tahun dulu kut.
sedap la..
tp..sbb ica takde parut..
so..ica tak letak parutan kulit oren.
kalau dpt letak...alangkah sedapnyeeeeeee!!

tp..ini pun dah kira sedap sgt.

resepi..ica amek dr blog MASAM MANIS...

Meh kita check resepi kek oren yg sedap ni..

2 cwn selfrising flour - ita guna tepung kek
2 bj telur
1 cwn gula kastor
2 sudu mkn susu pekat
1cwn marjerin
1sudu mkn oren emulco atau oren sunquick - ita guna oren sunquick
1 biji parutan kulit oren - yg ni ita tabah sebab ita suka sangat bau kulit oren.

Pukul marjerin ngan gula hgga kembang. Kemudian masukkn telur satu satu.
Pukul lagi hingga kembang dan sekata. Masukkn pula tepung dan kacau rata. Tuangkan susu pekat, kacau dan last sekali masukkan oren emulco
Loyang di sapu minyak dan bakar 30min atau sehingga masak.
Kalau ikut cara ita yg bermarbel2 tu ita bahagikan adunan kepada 2 bahagian selepas dicampur dgn susu. 1 bahagian ita letakkan parutan kulit oren, oren sunquik dan sedikit pewarna oren. Untuk bahagian yg satu lagi ita letakkan choc emulco. Tuang dalam loyang yg telah bergris dan marbel2kan dia. Adunan untuk kek ni tak banyak dan keknyer juga tidak terlalu besar ita rasa sesuai kalau pakai loyang 8".

Saturday, 13 August 2011

KEK PANDAN SERI KAYA

hari ini seharian ica duk kat rumah je. tapi bukan duduk saje... 
setelah 2 hari berturut tak duk rumah... tentulah byk perkara nak di buat. nasib baik la sebelum bulan puasa hari  tu en.suami belikan mesin basuh auto. walaupun sebenarnye ica tak suka mesin basuh auto. kurang bersih.
 jd..sementra mesin pusing.. sempat la ica bertenet.
tp..akhirnye busan juga ica bertenet. ica putuskan nak buat kek pandan ni. dah lama masuk list. cuma lom sempat. hari ni..mmg ica sempatkan.


nama dia tu....macam dah tersalah la.. sepatutnye kek pandan lapis seri kaya.

ica ambil resepi ni dari dapur e-na lovely kitchen. resepi yg amat mudah di sediakan. sebenarnyekan..ica tertarik nak buat kek ni sbb corak dia. ica ni tak pernah buat kek. jd..mmg teruja sgt bila mencorakkan kek tu td. tp..tak berapa cantik..sbb tangan keras.
sekejap je nak buat bancuhan dia tu. rasanya tak sampai 10 minit..siap dah. bakar pun just 15minit je. macam tak caye je buat kek semudah ini. bila dah siap bakar tu...rasa berdebar2 je. sbb tak boleh nak rasa. bau macam sedap. ica risau tak manis je. sbb ica kurangkan gulanya.


bila dah sejuk tu..ica pun belahlah 2. sebab nak sapu seri kaya. try tekan2..lembut. macam kek appollo yg jual tu. dah siap..ica masukkan dlm tapawe. bila petang...tergerak hati pulak nak jamahkan jiran sebelah. byk dah kuih dia bagi ica rasa. tp..ica tak pernah nak balas kuih. selalunye bg dia yg mentah2 je..like labu, cili, bayam. bila bg td.. dia pun naik terkejut sbb ica boleh buat kek yg cantik cam ni.
 terima kasih kat e-nalovelykitchen sekali lg.
bila berbuka tadi...kek ni yg eca capai selepas minum segelas air. mmg tak sabar. berdebar2.sedap ke tak. bila masuk mulut...waaahh..sedap la.. mmg best la tuan resepi ni.
 suh en.suami rasa. dia cakap macam kek yg jual. sedap. berkali2 puji. dia pun tak sangka ica pandai buat kek. hahaha..
 siap suh ica buat lagi dan suh jual. hehehe
 kepada e-na..izinkan ica sharekan resepi yg mudah ni kat sini. 
jom kita gi tgk resepinye. korang jgn ubah..kurangkan ke..lebihkan ke bahan2 dia. yg e-na bg tu..mmg dah ngam dah! cun!




RESEPI KEK PANDAN LAPIS SERI KAYA
Bahan A:
  • 60g butter dicairkan
  • 60g gula halus / gula kastor
  • 60g tepung gandum
  • 3 biji telur gred A (+-200g)
  • 1/2 sk ovallete
  • 1/2 sk baking powder
  • Sedikit Perisa pandan
  • Sedikit Pewarna hijau
Bahan B:
  • Seri Kaya Secukupnya
  • Loyang 8" x 11"

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan A KECUALI butter cair ke dalam bekas.
  2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
  6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
  7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  9. Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
  10. Dengan menggunakan lidi sate/ pengcungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
  11. Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula)

  1. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pd oven masing2).
  2. Sejukkan dan belah dua.
  3. Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan.

Tuesday, 26 July 2011

Kek Cream Crackers Kukus

setelah mengedit blog mlm td... aku masih tak puas ati. cam ner la nak bg blog ni cantik..sedap mata memandang. ermm.. mlm td..lepas balik keje.. aku mmg dah nekad nak buat kek ni. sbb aku susah ati tgk biskut yg aku be li tu..tak di usik2. lg2 pulak..tak lama lg bulan puasa.


dah dekat sebulan gak..aku sediakan brag2 nak buat kek ni. tp..asik tak de msa je. jd..mlm td..dgn tekatnye aku buat juga..walaupun terpaksa tinggalkan kejap cerita korea yg sdg aku ikuti sirinye.

resepi ni aku dpt kat myresepi tgk baragn2 ni mudah sgt. ringkas. tp..aku try ubah dr butter ke marjerin. hohohoh..tak tau nak komen.. jd ke tak spt resepi asal. tp...HB aku berkali2 puji sedap. aku try mkn..pun sedap juga. sambil tunggu kek kukus..aku kejap2 menjeling tv. hahaha.. sampai la siap. kejap je.. sbb adunan ni mmg best. dapat sket je. ok la..utk org yg baru2 nak cuba. tak rugi. sedang2 layan2..korean drama.. HB balik bwk kawan2 dia..ada hal bisnes yg di bincang.. HB suruh aku potong cepat kek yg aku baru buat tu. jd..aku tak sempat nak snap byk. dpt 2 keping ni je. sbb Hb suh cepat. ye la..dah kul 12mlm time tu.


mungkin sbb aku ubah guna marjerin..tu yg adunan dia cam pekat sket. susah nak ratakan dlm loyang. tp... sebenarnye..cantik je kek ni jadi. tp..dah kelam kabut..tak dpt amik angle yg menarik.
sedap la kek ni..rsa dia nak mcam kek sarawak sket2. sesiapa yg nak try..leh lah try ye.
 ica mintak izin nak copy resepi dari THE STAR ni..kat sini ye. terima kasih.

Bahan-bahan ( 1 biji (sedang2 je) )

by :opahiscooking
  • 250g butter
  • 170g gula castor
  • 200g cream crackers (dikisar halus)
  • 5 biji telur (kiter letak 3 biji je)
  • 1 sudu besar serbuk koko (kiter guna emulco coklat)

Cara-cara

  1. Pukul butter dan gula hingga kembang
  2. Masukkan telur (sebiji-sebiji) dan pukul lagi
  3. Setelah sebati, masukkan cream crackers yang telah dikisar halus dan gaul sebati
  4. Bahagi adunan kepada 2. Tambahkan serbuk koko ke dlm salah satu adunan
  5. Sapu loyang dengan sedikit mentega/minyak (ohh..terlupa nak bagitau.. kukus kena sediakan awal2.. macam biasa la ^.^)
  6. Boleh la tuang adunan ke dlm loyang (ikut suka nak mula dgn yang putih atau coklat)
  7. Kukus setiap lapisan selama 5 minit (kalau guna loyang besar, lapis tu mungkin nipis, so kukus dlm 3 minit)
  8. Buat la sampai adunan habis
  9. *kiter buat tak guna mixer tu yang tak berapa nak gebu kot.. cream crackers pun kiter tumbuk je, tu yang tak berapa nak halus... tapi rasa nyer tetap maintain ^.^
  10. Cuba la ^.^

Monday, 18 July 2011

KEK KUKUS VELVET KISMIS

adoii..ape aku nak type ni. sbnrnye nak ringkas cerita je. tp..ni la masalah aku. kalau dah dpt menaip ni..ade je benda aku nak cerita. hehehe.. aku cuma ada 5 minit je nak masukkan N3 ni. sbb sekejap lagi..darama korea kesukaan ku akan mula. 'you don't know women' di channel ONE...393 astro. best la citer ni..aku suka.

tgk! nak upload gambar ni je dah lama. citer korea pun dah mula. ok la..terus kepada kek ni. aku buat kek ni setelah aku survey byk blog2 masakan. aku tak ingat dah blog sape. tp..byk la..rasanya ada la dlm 10 blog. kat myresepi pun aku usha gak. nama sebenar dia..kek kukus velvet hawflakes. tp sbb aku takde hawflakes tu..aku just letak kismis je kat atas. aku takot tak sedap..aku letak sket je. nyesal pulak.


kek ni aku buat nmpk cantik dah. tpkan... aku tersilap la.. setiap warna tu..aku letak perisa juga. adoiiyaii pening la kepala aku bila mkn. rasa tak tentu arah. bau dia je pun aku dah pening. tp...yg heran...semua org disekeliling ku puji sedap. heran10x!! adik ipar aku sampai request utk aku buat lagi bila ada bacaan yasin kat umah ibu mertua ku nnt. tp..aku pulak yg tak confident nk buat byk2..bagi org ramai makan. nnt la... bila ada hawflakes baru aku buat lg.

tp kan..aku kurang suka la warna biru tu... rasa menyesal pulak beli warna biru. aku jadi takot nak makan. tp..tgk org len buat warna biru..nmpk cantik la pulak. cukup la utk hari ni. cerita korea aku dah lama mula.
apa? resepi?? hahaha.. aku yg tak arif memasak ni..tak layak memberi resepi kat orang lain. kalau ada sesiapa yg tersesat lg masuk dapur aku ni..boleh la search sendiri di google ye. taip je.. kek kukus velvet hawflakes. selamat mencuba!!