Tuesday, 23 August 2011

cookies pertama ku.... BISKUT DAHLIA

percaya atau tidak....
inilah biskut bertama ica buat sendiri sepanjang hidup ica.
terukkan!

sebelum ni..kalau buat biskut.. bukan sendirian. selalunye tolong2 mak..kakak.
tp..kali ni..buat sendiri. 
yahooooooooo!!
berjaya! mmg best la tuan punya resepi ni.
kerana telah menjadikan biskut pertama ku menjadi.
sedap pulak tu!
cuma...mungkin rupa je kureng...
yg penting rasa dia sedap!!!
resepi yg best ni datangnye dari....norhasmiza


norhasmiza...dia buat bentuk biskut semprit.
 tp..disebabkan ica takde acuan tu. yg ada kat rumah ni mmg acuan bunga dahlia tu je
jd..ica buat bentuh bunga ni. time buat bentuk bunga ni kan...terbayang2... masa buat kuih ni dgn mak.
tp..mak buat warna kuning. kdg2 mak campur dgn warna koko. cantik!
terbayang..macam mana nak tekan acu tu..terbayang juga wajah mak masa tekan acu tu.
aduhaiiii..rindunye kenangan dulu.
agak2 kad raya aku pos aritu dah sampai lom ekk?
cuba tgk..gambar2 ni..sebelum dan selepas di bakar.
bila lepas bakar..kelopak2 tu..jd sedikit meleper..
kenapa ek? ke..mmg macam tu?
lupa la...masa buat dgn mak dulu jd cam ne. yg aku tau..mak buat semuanye jadi best!

tp..kira cantik jugak la kan? 
hihihhi..puji diri sendiri.
awal2..ica letak buah ceri yg di potong kecik2. 
bila dah nak abis tu..ica teringat ica ada beli manik2 ni. tak sabar nak guna manik2 ni. jd..ica letak la kat tgh2 dahlia. cantik gak!
meh..ica sharekan resepi yg best dr norhasmiza ni.
harap norhasmiza izinkan ica sharekan resepi yg best ni ye! 
terima kasih.

RESEPI BISKUT SEMPRIT PANDAN/ DAHLIA PANDAN
sumber : norhasmiza

Bahan-bahan ( lebih kurang 60-70 keping. )



200g mentega
1cwn tepung gandum
1cwn tepung kastard
1cwn tepung jagung
1biji kuning telur
3/4 cwn gula icing
1st esen vanila - ica tak letak
2st pandan paste
pewarna hijau
buah ceri/manik sebagai hiasan.

cara:

  1. Pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, esen vanila, paste pandan dan pewarna hijau. Kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan tepung. Gaul sehingga sebati.
  4. Bentukkan dengan acuan semperit. Hiaskan dengan manik gula berwarna warni.
  5. Bakar di dalam oven pada suhu 170 darjah celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada oven anda.




No comments:

Post a Comment