Saturday, 13 August 2011

KEK PANDAN SERI KAYA

hari ini seharian ica duk kat rumah je. tapi bukan duduk saje... 
setelah 2 hari berturut tak duk rumah... tentulah byk perkara nak di buat. nasib baik la sebelum bulan puasa hari  tu en.suami belikan mesin basuh auto. walaupun sebenarnye ica tak suka mesin basuh auto. kurang bersih.
 jd..sementra mesin pusing.. sempat la ica bertenet.
tp..akhirnye busan juga ica bertenet. ica putuskan nak buat kek pandan ni. dah lama masuk list. cuma lom sempat. hari ni..mmg ica sempatkan.


nama dia tu....macam dah tersalah la.. sepatutnye kek pandan lapis seri kaya.

ica ambil resepi ni dari dapur e-na lovely kitchen. resepi yg amat mudah di sediakan. sebenarnyekan..ica tertarik nak buat kek ni sbb corak dia. ica ni tak pernah buat kek. jd..mmg teruja sgt bila mencorakkan kek tu td. tp..tak berapa cantik..sbb tangan keras.
sekejap je nak buat bancuhan dia tu. rasanya tak sampai 10 minit..siap dah. bakar pun just 15minit je. macam tak caye je buat kek semudah ini. bila dah siap bakar tu...rasa berdebar2 je. sbb tak boleh nak rasa. bau macam sedap. ica risau tak manis je. sbb ica kurangkan gulanya.


bila dah sejuk tu..ica pun belahlah 2. sebab nak sapu seri kaya. try tekan2..lembut. macam kek appollo yg jual tu. dah siap..ica masukkan dlm tapawe. bila petang...tergerak hati pulak nak jamahkan jiran sebelah. byk dah kuih dia bagi ica rasa. tp..ica tak pernah nak balas kuih. selalunye bg dia yg mentah2 je..like labu, cili, bayam. bila bg td.. dia pun naik terkejut sbb ica boleh buat kek yg cantik cam ni.
 terima kasih kat e-nalovelykitchen sekali lg.
bila berbuka tadi...kek ni yg eca capai selepas minum segelas air. mmg tak sabar. berdebar2.sedap ke tak. bila masuk mulut...waaahh..sedap la.. mmg best la tuan resepi ni.
 suh en.suami rasa. dia cakap macam kek yg jual. sedap. berkali2 puji. dia pun tak sangka ica pandai buat kek. hahaha..
 siap suh ica buat lagi dan suh jual. hehehe
 kepada e-na..izinkan ica sharekan resepi yg mudah ni kat sini. 
jom kita gi tgk resepinye. korang jgn ubah..kurangkan ke..lebihkan ke bahan2 dia. yg e-na bg tu..mmg dah ngam dah! cun!




RESEPI KEK PANDAN LAPIS SERI KAYA
Bahan A:
  • 60g butter dicairkan
  • 60g gula halus / gula kastor
  • 60g tepung gandum
  • 3 biji telur gred A (+-200g)
  • 1/2 sk ovallete
  • 1/2 sk baking powder
  • Sedikit Perisa pandan
  • Sedikit Pewarna hijau
Bahan B:
  • Seri Kaya Secukupnya
  • Loyang 8" x 11"

Cara Membuatnya:
  1. Masukkan semua bahan-bahan A KECUALI butter cair ke dalam bekas.
  2. Pukul dengan kelajuan maksimum selama 7 minit sehingga adunan kembang dan berkrim.
  3. Masukkan butter cair dan kaup balikkan dengan spatula sehingga sebati dan rata.
  4. Ambil 1 sudu besar adunan dan tambahkan beberapa titik warna hijau, kacau rata. Masukkan ke dalam penjuru plastik. Ketepikan.
  5. Panaskan oven dengan suhu 180 degree.
  6. Lenser sedikit marjerin pada loyang dan alas dengan cooking sheet.
  7. Tuang semua adunan ke dalam loyang dan ratakan.
  8. Ambil adunan dalam plastik tadi, gunting sedikit hujung penjuru plastik.
  9. Paipkan secara bulatan bermula dari bahagian tengah adunan sehingga ke penuh permukaan adunan.
  10. Dengan menggunakan lidi sate/ pengcungkil gigi/ hujung chopstik tarik hujung lidi di atas adunan secara lembut dari bahagian tengah ke tepi loyang sebanyak 8 garisan (4 penjuru dan 4 di antara penjuru).
  11. Kemudian tarik pula hujung lidi diantara setiap bahagian lorek tadi dari hujung loyang ke bahagian tengah(berlawanan arah pula)

  1. Bakar dengan suhu 180 degree selama 15- 20 minit (bergantung pd oven masing2).
  2. Sejukkan dan belah dua.
  3. Sapukan seri kaya, potong kecil untuk di hidangkan.

No comments:

Post a Comment