Thursday, 4 August 2011

PUDING KASTARD BERKUAH



salam bersiaran... sejak start puasa 1 ramadhan aritu..ica asik keluar masuk dapur org je.. lagipun agak sibuk membantu en.HB. 1st ramadhan..ica berbuka dalam kebun dgn adik2 ipar. syok juge.. ingatkan juz buka kurma dgn air mineral je. sekali...ramai la pulak yg membeli juadah. 2nd puasa.. HB mintak ica bwk kereta ke workshop.. sbb HB tak dan balik..masih di sg.petani. mula2 tu..rasa malas nak gi... tp..fikir2 balik..apelah salahnya tolong suami.. lgpun..duk rumah asyik bertenet je. cina tu ckp..kereta siap kul 6ptg. adoyai... nak tak nak...tunggu juga la. tp..kul 5ptg..adik ipar ajak gi tgk...kut dah siap.. sekali..betul la...da siap. sampai rumah..dah kul 6.15..terus solat asar... tak dan nak fikir..nak mkn yg best2..ica juz buat nasi goreng.


semalam 3rd puasa..ada la masa sket. balik rumah awal. ica buat puding roti berkuah. ica intai kat rumah kak ita masam manis. tak tahan tgk puding rupa ketupat dia buat tu...cute sgt. tp..ica takde acuan ketupat.. acuan ni pun..ica baru beli semlm juga kat the store gerik. ini je yg ada kat the store. capai je ape yg ada. sbb HB nak cepat..ada kerja. selalunye ica buat puding ni..guna tepung kastard sepenuhnye. patut la tak berapa lembut. kalau buat cair pun..jd lembik semacam.. tak sama dgn yg ica beli kat bazar. rupa2nya... guna agar2. hohoho...baru tahu semalam (^-^)


nampak tembikai tu... en. HB suh buat jus tembikai... ica buat 1/4biji. seb bek habis. ica takut nak minum byk..takut..nnt sakit tekak. betul ke..tembikai ni panas?  puding licin..sbb HB mmg suka jelly2 ni.
resepi dr kak ita  ni mmg best. ica suka tang manis tu.. tak manis sgt. tp..adunan ni mmg agak byk utk ica.. sbb kami juz berdua je kat rumah. semalam tapau bg kat adik2 ipar.
jom kita tgk resepi.

PUDING KASTARD BERKUAH 


bahan:
10 gm serbuk agar-agar
4 cawan air
1 tin susu cair
1 1/2 cwn gula halus
1 cwn tepung kastard di bancuh dgn 1 cawan air
beberapa biji ceri merah utk hiasan
1 sudu kecil perasa vanila

Masak agar2 dan gula bersama air hingga didih dan gula larut.
Tuangkan susu cair
Tuangkan esen vanila
bancuhkan tepung kastard dan air
Kemudian tapis dan tuangkan kedalam adunan puding tadi.
Kacau adunan sehingga hampir pekat.
Apabila telah masak tuangkan ke dalam acuan kecil.
Biarkan sejuk.

1 comment:

  1. salam ica...
    akak lupa nak cakap yg adunan ni mmg banyak.. jadi kalu tak ramai kena buat separuh.. akak biasa buat mmg banyak sebab suka makan dan makan mengulang2 hihi...

    adunan ni sesuai utk open haouse sebenarnya...
    terima kasih ica kerana sudi mencuba

    ReplyDelete