Showing posts with label coretan. Show all posts
Showing posts with label coretan. Show all posts

Monday, 12 September 2011

Lori dah lulus pemeriksaan puspakom!!!



Salam bersiaran.
hari ni tak mo sambung la episod 'alahai...'
petang ni aku happy sgt2..sbb lori gi inspection puspakom pagi tadi...
LULUS!!!!!

sekadar hiasan

Alhamdulillah. syukur.
sejak minggu lepas lagi aku risau sgt2 dgn lori aku tu.
bila tnya JPJ... bila pemeriksaan puspakom kat gerik di di jalankan... dan tahu tarikhnye..
aku terus suh en abang beli cat varnis. biar aku sendiri cat bucket lori tu.
bukan tak boleh hantar kedai suh buat.. tp..nak jimat!
kos beli cat varnis berus cat..RM40 
lepas siap cat bucket lori tu yg aku di serang demam tu.
 hari khamis lepas.. gi hantar cuci dgn cat anti karat bahagian bawah.
kena RM150.
hari jummat ambik lori. aku suh en abang gi check brek kat workshop.
tp..beria en. abang kata brek OK.
aku makin risau.
sabtu..duk umah je.. tak boleh kerja lagi..sbb lori dah cun2.
pagi tadi..baru en abang nak tambal stiker pantul cahaya dgn stiker had laju.
masuk pemeriksaan puspakom tadi..kena RM 105. jadi..kos semuanye RM295.
dapat 1tahun!!! alhamdulillah.
abang cakap..lori kitaorg yg paling cun td. berkilat2. tu yg dapat 1 tahun.

lega sgt2!!

Saturday, 27 August 2011

SALAM PERANTAU

tajuk cam sedih je kan?
tp...mmg sedih pun.
sedih...sbb tak dapat balik raye di Johor.
ah!..rindunye pada mak n ayah.
rindu nak tatap wajah mak dan ayah.
rindu nak dgr gelak ketawa mak dan ayah.
malam ni 28 ramadhan.
kemungkinan raya jatuh 30 august ni.
maknanye tinggal 2 hari je lagi puasa.
pastu..raye
raye..
raye...
raye...
sebenarnye aku begitu takut nak bertemu dgn raye kali ni.
mmg takut sgt.
macam mana aku nak call mak dan ayah?
mntak maaf melalui telefon??
ini kali pertama sepjg hidup aku...
aku akan mintak maaf melalui panggilan telefon

cerita/drama2 pasal raya dah byk di mainkan di tv.
hati aku sayu..
kdg2 tak sedar mata bergenang
aik yg kat penang dah sampai Johor tghari td.
mungkin kak ngah pun dah ada kat rumah mak.
semua adik beradik dah berkumpul.
hmm... tp...aku disini..
keseorangan..
cuma menceriakan diri sendiri...


aku ucapkan selamat hari raya kepada semua pengunjung PELANGI INDAH..
walaupun datang dan tidak meninggalkan jejak...
kunjungan anda di dahului ucapan terima kasih
mungkin blog ini..akan cuma menjadi nota peribadi..

andai anda ada membaca luahan2 hari ica ni..dan terasa dgn setiap bait kata.. yg mungkin tidak sepatutnya.. ica ingin meminta berbanyak maaf dr anda. semuanya adalah tidak terniat di hati.
sekali lagi.... 
selamat hari raya eidilfitri...maaf zahir dan batin
berhati2 di jalan raya.
pandu cermat
jiwa selamat
SALAM PERANTAU.

Wednesday, 20 July 2011

JAGA KESIHATAN

salam bersiaran...
ingatkan hari ni nak cerita pasal kuih tako. tapi..fikiran aku di penuhkan dgn kerisauan tahap kesihatan ibu mertuaku.


rasa nak marah pun ada. tak tahu la..nak marah kat dia ke..nak marah dkt diri aku sendiri sbb tak pernah nak tegur berterusan tentang air yg dia buat tu manis sgt. terlalu manis. aku rasa..org kelantan pun tak minum manis mcm tu. aku nak selalu tegur pun... serba salah juga sebenarnya. ye lah.kita ni menantu je. nnt dikata kita control makan minum dia pulak. tp..bila dah jadi macam ni..aku rasa...aku kena bertegas la. lantak pi la dia nak kata aku ni menantu control pun. dia nak ngadu kat pak mertua ku pun..biaq pi la.
argggh! rasa nak nangis la pulak!
 
tadi petang ibu mertua ku gi klinik sbb dia mengadu kaki dia sakit yg berpunca dari ibu jari dia. dia kata mungkin dia ada trpijak tulang ikan. dia  tunjuk kat aku tapak ibu jari dia tu. aku tgk macam nak bernanah. tp kecik je la. aku suh dia gi klinik biar doktor yg buang kalau betul termasuk tulang ikan. sbb dia ada kencing manis. bahaya kalau ada luka. sekali pergi...rupanya bukan tulang ikan masuk da... doktor ckp sbb kencing manis dia dah berada di tahap yg kritikal. adeh tak dapat bygkan. mak aku yg kat johor tu pun kencing manis gak. tp..alhamdulillah. sbb mak selalu je gi check up kat klinik. ubat mkn dgn teratur. ayah pun selalu je pantau mak. tak minum manis2. alhamdulillah. rindu kat mak! argh! rasa nak nangis sbb terlalu rindu kan mak.
tp..ibu mertua ku ni... tak wat check up langsung! ubat klinik bg tak nak mkn! makan minum manis2! anak2 dia pun selalu ngadu kat aku yg ibu mertua ku ni mmg kuat manis. bila dapat tahu yg dia dah di tahap kritikal...aku perlu bertindak. kepala otak ku ligat..rewind apa ubat2 tradisional yg mak aku amalkan. aku nak bg kat ibu mertua ku. dan..aku juga ada search beberapa info and petua/ubat tadisional utk penyakit kencing manis atau diabetes nih. antaranya yg INI.
aku dah mintak izin tuan tanah utk copy kat sini. jd sekarang kita tunggu permission dr dia.

so, wat masa sekarang....kena jaga pemakanan dia.eh! peringatan ni utk aku juga. sbb terdapat faktor keturunan kat aku ni.  :) bersama2lah kita menjaga kesihatan. tak guna duit berjuta2..tp..badan tidak sihat. sihat itu nikmat!

Saturday, 9 July 2011

kenapa pelangi petang??

ntah! aku pun x tahu knp pelangi petang. rasanya ramai juga blogger guna pelangi petang sbg tajuk utama. mungkin sbb aku suka lagu sudirman-pelangi petang tu kot. ntah.. mungkin juga sbb pelangi tu selalunya ada  time petang.... mungkin juga sbb pelangi tu cantik. cantik ke? cantik la...ciptaan Allah semuanya cantik. walaupun ia terjadi kerana biasan cahaya+air... ia sempurna! byk juga cerita2 di sebalik wujudnya pelangi. x boleh tunjuk pelangi dgn jari telunjuk. nnt jari kodong. pelangi tu ada sbb puteri langit (hahaha..teringat kat shafiqah..dia suh aku panggil dia puteri langit ^-^ ) turun mandi di sungai. kononnya juga...tmpt pelangi tu jatuh..ada byk emas (ni cerita dogeng dr kampung suami ku).
sbnrnya..aku suka suasana ptg yg ada pelangi tu. sbb biasanya pelangi muncul selepas hujan panas. atas kepala kita awan hitam. tp..sblh barat..matahari memancar. kan? waktu tu..suasana terasa fresh..damai..dan menenangkan. tgk je mcm gambar kan atas dan kat bawah ni. tenangkan? eee..bestnye. indahnya bumi ciptaan Allah. Allah Maha Besar.

negara aman

jam dah menunjukkan hampir pukul 6 ptg. ferut ku sudah mendidih. terasa lapar mencengkam2 ferut ketika ini. terasa lambat pulak waktu magrib hari ni. dah tak sabar nak berbuka.












Ya Allah, selamatkanlah suami ku walau di mana saja dia berada.

minat menulis @ memasak??

minat sgt ke aku? ntah. tp..rasanya aku ni minat meluah perasaan. bukan minat menulis. akhir2 ni aku tersuka pulak buat kuih muih setelha terserempak dgn blog masakan ni. mmg cuna sgt .presentation dia mmg tersgt cun. boleh jd lapo.hehehe.. blog masak.. masam manis. sejak aritu aku terus jatuh hati..eh! jatuh hati ke? bukan iar liur terjatuh ke? hahaha.. setiap hari mesti nak tgk kak ita tu masak apa. kdg2 time keje pun asyik terbayang2 je gambar masakan dia. aku ni xde la minat bab masak2 ni. tp.. ntah.. terasa nak cuba. dah cuba..terasa mcm... "o.. rupanya senang je buat kek ni" .. hmm.. yg sblm ni aku pk..."camner la org buat kek ni ye.. mesti susah". kalau ikutkan setiap hari nak cuba buat kek ke..puding ke.. tp..sbb masa aku di rumah agak terhad. lgpun..nak cari barang2 utk buat kuih tu..agak payah sedikit nak dpt di daerah gerik ni.





hhmmm..sbnrnye aku puasa arini. puasa ganti. amboii..dah dkt dgn ramadhan baru nak puasa? tu la aku. suka bertangguh. mentang2 cuti puasa hanya 3 hari...anggap ringan. InsyaAllah..kalau puasa ni sampai ke magrib... habis la puasa ganti aku. tenang sket hati ni. dah langsai hutang.


sebenarnya.. aku ni x reti nak memblog2 ni. aku tgk blog org sume cantik2. siapa ada lagu lagi. blog masam manis..siap ada salji lagi! hari ni dpt award blog cantik lg. bijak cerdik betul dorang ni. aku ni..hapa pun x boleh! hahaha. tak pe la.. blaja slow2. blog dulu ntah jd apa.. ni dah buat blog baru ni..hrp..jd la mcm blog org len. cun.. nak baca pun best. blog aku??? sekadar utk luah perasaan boleh la.

Monday, 27 June 2011

makan..makan..makan

da seminggu ni rasanya aku penuhkan xtvt aku dgn masak or buat kuih.. lepas ayah kata x jd nak pindah ke pahang... aku frust sgt. so..nak hilangkan frust...aku try mcm2 resepi yg aku amek dr myresepi. heh...xde la mcm2 sgt. just..kuih tako, kek coklat kukus n laksa... ingatkan arini nak buat kuih tako lg. sbb tepung ada. tp..rasa mls la pulak nak buat kotak dr daun pandan tu. lece sket....
ni...en. abang ni lagi td x balik2.. telefon x dpt plak. abg gi sekolah org asli. katanya arini nak edar doit utk org2 asli kat... opsss.. lupa la plak nama kampung tu..pelik sket di telinga aku. apa nak buat ni..busannye......

Wednesday, 18 May 2011

LETIH

arini le tih sgt2. sakit sume badan. kesan dripada smlm. smlm gi kebun. mendaki..menuruni gunung..memanjat..merangkak atas balak... adoii letihnyee.. camni la nak cari duit. bukan senang nak senang. ari ni duk rumah je. nak mengemas pun rsa x larat sgt. Abang dah keluar dah. arini dia ckp kena hantar polis n lawyer gi perkampungan org asli. hmm..apa kes la tu. pagi td aku wat breakfast bihun tomyam. skang sambil menaip sambil tgk channel food netwook asia. tp sampai skang aku x pnh aplikasikan pe yg dorang masak. hahaha..just suka tgk je. tu yg buat abang pening kepala tgk aku. dah la.. cukup utk arini... pnatttttt!! nak baring je!

Sunday, 15 May 2011

KEMBALI SEMULA

ntah mcm mana setelah kesian lama aku rasa nak menulis kat blog semula. b4 dia ak ada je blog.tp aku dah lupa apa nama blog apa. kalau aku ingat pun..aku mesti dah lupa email add yg aku pakai n paswoodnye sekali. tu la..byk sgt email add. aku wat blog ni utk luahkan pe aku rasa. x kisah la org baca ke x. rasanya org x baca pun x pe. aku x mo bgtau hubby aku la. aku wat blog. kalau bgtau pun..bukan dia nak baca pe yg aku type. hahaha...biar. dia x tau lg ok pe. so..aku boleh type peeeee je yg aku suka. tnpa perlu takot ada org akan terasa hati. :) rasanya cukup dulu utk permulaan ni. aku tgh usha2 camne nak cantikkan blog aku ni. jeles tgk blog org cantik2. go! go! faighting!