Saturday 6 August 2011

ROTI JALA

Assalamualaikum. dah berbuka?? korang buka ape? buat sendiri ke beli?
ramadhan kali ni..ica rasa macam takde hati nak masak la. rasa mcm better beli je. badan tak penat.. duit  pun dpt jimat. eh! beli dpt jimat??? biar betul ko ca? ye la.. betul. sbb ica ni berdua je dgn husband. anak takde. kalau masak tu..rasa mcm lebih kosnya. lagi pun bukan nak makan byk pun. tahun ni ica try sahur dgn 1 lauk sahaja. ia mencukupi! malas masak tu ye juga. mana tak malas... sbb penat2 masak... akhirnya terbuang ke tanah jua. jd... ramadhan kali ni..ica nekad tak mo terbuang2. membazir. lgpun..ica mmg tgh berjimat ni.. kumpul duit.. nak balik raya kat johor. (*-*)


korang agak2.. roti jala ni ica buat ke beli? hehehe... baru td ckp jimat beli ekk.. tp..hari ni ica buat juga roti jala ni. nak pk jimat mmg la kan.. tp...segan pula ica.. jiran kiri kanan dah bagi ica juadah. tp..pinggan mangkuk diaorang ica tak pulang2 lagi. tak sedap pula kalau kita bg yg beli. kebetulan... hehehe..kebetulan tuuu..minda ni terbayang2 roti jala yg mak selalu buat bila bulan puasa ni. kebetulan juga...ica call mak semalam. mak cakap mak buka roti jala semalam. elok beno la... ica pun tnya la resepinye. teruk betul ica ni..setiap kali nak buat..setiap kali tu la ica akan call tnya mak.


kali ni ica teringin sgt roti jala cicah dgn kuah dalca. ramadhan tahun lepas.. ica buat cicah dgn kari ayam. terbayang2 kat tekak ni betapa sedapnye dalca mak buat. ica kan.. ape yg ica masak... ica nak ada rupa sama macam mak masak. nak sama macam rasa yg mak masak. kalau rasa atau rupa tak sama...ica kurang selera nak makan. adoyaiiii...rasa nak nagis ni.. rindu kat makkkk...



sebelum ica terlebih layan perasaan..meh ica kongsikan resepi mak ica ni. rasanya sama je macam resepi org lain. 

ROTI JALA

Sumber : mak yg selalu di rindui.. Hajah Gemah Bt Tik.

bahan: (untuk 7-8 org mkn..dapat lebih kurang 30gulung jala)
500g tepung gandum
1biji telur
1/4cawan minyak masak
sedikit garam [ikut selera masing2]
air secukupnya
cara:
campurkan semuanya...blend. senangkan? hehehe... macam tu je ke?
oklah..oklah... bab nak sukat air tu yg susah sikit. biasa la..resepi dari mak.. mana ada guna liter2 belake... ica buat td pun..mula2 tu tercair gak. hehehe. tahun lepas aku buat ngam2 je air..macam dah expert je. tahun ni tercair la pulak.
biasa la..setahun sekali buat..mmg macam tu. kepekatan adunan roti jala ni..cair sikit je dari kita nak goreng pisang. ha..cam tu lah. senang ckp..dah bancuh tu..kita try la menjala sikit. kalau tersekat2 tu..maknanye pekat sgt. nnt jala kita koyak. kalau keluar laju sgt... dan bila kita menjala tu..bercantum...tu maknanye cair sgt. nnt jala kita jadi kain la pulak. pendek kata.. try n error. eh..salah2..mana boleh error.. kena try n berjaya. ermm baru la betul. :-)

ape? nak tahu camner nak masak dalca? errmmm.. esok la ek ica bg resepi. ica penat sgt la. pnt berdiri menjala td. nnt ica share ye.

1 comment: